Faisal Halim ke mahkamah, isteri fail mohon cerai

ISTERI kepada pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim memfailkan permohonan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Klang, hari ini.

Faisal – yang sebelum ini cedera dalam insiden simbahan asid tahun lalu – hadir ke mahkamah bersama peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader dan Puteri Ummi Kartini Abd Latiff.

Dia berkata, anak guamnya baru sahaja mengetahui mengenai permohonan cerai itu selepas dimaklumkan peguam syarie mewakili isterinya, Nur Syazwani Mizuana Shahril.

“Isteri Faisal memfailkan permohonan berkenaan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003, iaitu perceraian secara baik.

“Bagaimanapun, disebabkan terdapat satu lafaz cerai dibuat di luar mahkamah sebelum ini, kami memaklumkan kepada mahkamah bahawa lafaz cerai pertama itu perlu diselesaikan terlebih dahulu mengikut Seksyen 57 enakmen yang sama,” katanya kepada Sinar Harian.

Mahkamah menetapkan 16 Oktober ini untuk sebutan semula permohonan itu di hadapan Hakim Syarie, Mohd Hairuddin Ab Rahim.

Faisal yang juga dikenali sebagai ‘Mickey’ berkahwin dengan Nur Syazwani pada 9 Mac 2019 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

Related Posts

City nafi Haaland minat ke Real Madrid

MANCHESTER City menafikan laporan mengaitkan bintang mereka, Erling Haaland, dengan perpindahan ke Real Madrid dan menegaskan bahawa mustahil untuk perpindahan itu berlaku. Haaland terus menjadi antara pemain paling diburu di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hojlund rasmi sertai Napoli

JUARA Serie A, Napoli melengkapkan perpindahan tetap penyerang Denmark, Rasmus Hojlund dari Manchester United dengan nilai 50 juta euro (RM232 juta) selepas aksi cemerlangnya sepanjang tempoh pinjaman musim lalu. Kedua-dua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai