Dipercayai menghasut pada himpunan solidariti Zara, wanita diberkas polis

TAWAU – Padah mengeluarkan ucapan berbaur hasutan semasa Himpunan Solidariti ‘Justice For Zara’ pada Ahad lepas, wanita berkenaan berjaya diberkas polis. 

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, wanita berumur 23 tahun berkenaan ditahan kira-kira pukul 12.30 tengah hari pada Selasa di kawasan Batu 4, Jalan Apas. 

“Suspek ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Penahanan boleh dibuat walaupun tanpa waran dan buat masa ini, polis sedang merakam percakapan suspek dan siasatan lanjut diteruskan,” katanya dalam kenyataan, pada Selasa. 

Sebelum ini, media melaporkan polis membuka kertas siasatan susulan tiga laporan yang mendakwa wanita itu mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan terhadap Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman. 

Beliau turut menegaskan polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang menimbulkan kegusaran masyarakat melalui ucapan khususnya di tempat terbuka.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam atau menyentuh sensitiviti pihak tertentu,” ujarnya. 

Dalam pada itu, sebuah video berdurasi 1 minit 6 saat tular di media sosial sejak Ahad yang memaparkan wanita berkenaan provokatif terhadap Kerajaan MADANI dan TYT.

Related Posts

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

PELANTIKAN seorang pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD), Puan Ong Ling Loong, sebagai Pengarah Bahagian Korporat dan Perancangan Strategik Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sepatutnya diraikan sebagai satu perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemimpin BN RCI Tabung Haji dalam dilema, umpama ‘cacing kepanasan’ 

KUALA LUMPUR – Pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH) didakwa meletakkan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang dikaitkan dalam laporan itu dalam keadaan dilema serta berkedudukan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

Pemimpin BN RCI Tabung Haji dalam dilema, umpama ‘cacing kepanasan’ 

Pemimpin BN RCI Tabung Haji dalam dilema, umpama ‘cacing kepanasan’ 

TVET penuhi keperluan tenaga kerja mahir industri, tepis persepsi pilihan kedua

TVET penuhi keperluan tenaga kerja mahir industri, tepis persepsi pilihan kedua

UNIMAS, CIDB bangun piawaian ujian tanah gambut di Sarawak

UNIMAS, CIDB bangun piawaian ujian tanah gambut di Sarawak

HASiL mulakan siasatan cukai individu dikaitkan laporan RCI Tabung Haji

HASiL mulakan siasatan cukai individu dikaitkan laporan RCI Tabung Haji