PRN17 Sabah: GRS mahu dominan, STAR dan PBS kekal bersama GRS 

KOTA KINABALU – Kepimpinan tertinggi Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) terus menunjukkan komitmennya untuk terus kekal bersama dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) meskipun timbul suara agar gabungan itu bergerak secara solo.

Ketua Penerangan GRS, Datuk Joniston Bangkuai berkata, kepimpinan tertinggi STAR dan PBS telah bermesyuarat baru-baru ini dan memberi komitmen jelas untuk kekal bersama GRS dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah akan datang.

“Keputusan telah dibuat, STAR dan PBS sepakat kekal bersama GRS. Malah, Majlis Tertinggi GRS juga sudah memutuskan untuk bertanding 55 kerusi, manakala 18 lagi untuk Pakatan Harapan. 

“Itu menunjukkan GRS mahu dominan dan itu yang paling penting,” katanya semasa sidang media Kiulu Adventure Challenge 2025, di Bangunan Sabah Tourism Board (STB), di sini, pada Selasa.

Beliau menjelaskan, GRS menekankan prinsip inklusiviti seperti Gabungan Parti Sarawak (GPS), walaupun berupaya memerintah secara bersendirian.

“Kalau kita pergi solo, ia bercanggah dengan semangat inklusiviti yang kita perjuangkan. Jadi, selagi tiada keputusan baharu, pendirian ini kekal,” tegasnya.

Menyentuh mengenai kebimbangan berhubung himpunan solidariti untuk Allahyarhamah Zara Qairina pada 31 Ogos lalu, yang didakwa diselitkan dengan unsur politik, beliau berkata, pihaknya menyerahkan siasatan sepenuhnya kepada pihak berkuasa.

“Apa yang penting, kerajaan juga sangat mengambil serius dengan kes buli dan perkara berkaitan. 

“Jadi, saya fikir semuanya sedang diteliti untuk mencari jalan penyelesaian. Tambahan pula, siasatan sudah dijalankan, dan sekarang ada inkues.

“Jadi, biarlah pihak berkuasa yang menyelesaikannya. Kalau boleh, kita semua perlu bertenang. Ini penting supaya keyakinan terhadap pihak berkuasa tidak terjejas. Saya yakin siasatan yang adil sedang dijalankan,” katanya.

Tambah beliau, GRS akan terus mengutamakan konsensus dalam rundingan pembahagian kerusi bagi mengelakkan pertembungan antara parti komponen.

“Kita tidak lihat kepada soal pertembungan, tetapi kepada konsensus dan persefahaman. Politik Sabah ini unik, GRS seperti kerajaan, UMNO dan Warisan di pihak pembangkang, tetapi di peringkat Persekutuan kita bersama. 

“Jadi semua faktor ini mesti diambil kira,” ujarnya.

Related Posts

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

KOTA KINABALU – Sebanyak lapan pelan tindakan sementara (interim) serta dua inisiatif baharu mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Sabah dalam menangani isu kesesakan di Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar (SBCP). Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

KUCHING – Buat julung kalinya, Sarawak Water Sdn Bhd tampil melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM325,000 kepada pihak Baitulmal Sarawak. Majlis penyerahan yang penuh bermakna itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat