Yayadeh sedia bantu promosi peniaga kecil

KUANTAN – Sejak bulan September tahun lalu, Nor Syazwani Ab Ghani, 20, menjadi perhatian ramai apabila aksi tangkasnya menebar roti canai menjadi tular di media sosial.

Disebabkan itu juga, gerai roti canai diusahakan keluarganya di Indera Mahkota 2, dekat sini, hampir setiap hari ‘diserbu’ pelanggan dari dalam dan luar Kuantan.

Anak keenam daripada lapan beradik itu kemudiannya memilih untuk menjadi ‘content creator’ sebagai kerja sambilan susulan namanya makin dikenali ramai.

Dia yang dipanggil Nadia oleh ahli keluarganya, menggunakan nama ‘Yayadeh’ untuk akaun media sosial TikTok miliknya.

“Kalau boleh saya nak bantu peniaga lain juga, bantu mempromosikan perniagaan mereka melalui akaun TikTok milik saya.

“Saya pun mendapat perhatian selepas muncul di TikTok, jadi saya fikir medium ini juga mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar dalam membantu meningkatkan jualan atau memperluaskan pasaran produk peniaga,” katanya.

Nor Syazwani dan pasukannya sedia mengadakan pertemuan dan perbincangan lanjut dengan mana-mana pihak yang ingin menggunakan perkhidmatan ditawarkan mereka.

“Kita jumpa dan bincang hingga mencapai persetujuan… zaman sekarang, media sosial menjadi penentu dan mempunyai pengaruh besar dalam membuat keputusan,” jelasnya.

Ketika ini, akaun TikTok miliknya mempunyai lebih 486,000 pengikut, manakala Instagram pula sebanyak 66,300 pengikut.

Katanya, selain menawarkan perkhidmatan mempromosikan produk dan perniagaan, dia juga berminat untuk menjalinkan kerjasama dengan agensi kerajaan atau swasta dalam menyampaikan maklumat kepada orang ramai.

“Ini adalah antara usaha yang boleh saya berikan kembali kepada masyarakat yang banyak menyokong saya sejak setahun lalu,” katanya.

Related Posts

Landasan KKIA dibuka semula selepas pemeriksaan keselamatan

KOTA KINABALU – Landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dibuka semula pada jam 11.30 malam Khamis selepas pemeriksaan keselamatan terakhir selesai dijalankan. Malaysia Airports Holdings Berhad (Malaysia Airports) menerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program baik pulih rumah bantu penduduk nikmati kediaman lebih selamat

MIRI – Program bantuan baik pulih rumah memberi peluang kepada penduduk yang memerlukan untuk menikmati kediaman yang lebih selamat dan selesa. Datuk Bandar Miri, Adam Yii Siew Sang merangkap Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Landasan KKIA dibuka semula selepas pemeriksaan keselamatan

  • By Ezmie
  • September 18, 2026
Landasan KKIA dibuka semula selepas pemeriksaan keselamatan

Program baik pulih rumah bantu penduduk nikmati kediaman lebih selamat

Program baik pulih rumah bantu penduduk nikmati kediaman lebih selamat

Pengampunan Najib: Pendirian kerajaan banteras rasuah kekal – PM Anwar

Pengampunan Najib: Pendirian kerajaan banteras rasuah kekal – PM Anwar

Najib dibenar tahanan di rumah dengan syarat bayar denda RM50 juta – BHEUU

Najib dibenar tahanan di rumah dengan syarat bayar denda RM50 juta – BHEUU

Tiga penuntut UNIMAS juara pertandingan IC Design Competition, bawa pulang RM20,000

Tiga penuntut UNIMAS juara pertandingan IC Design Competition, bawa pulang RM20,000

Sabah catat peningkatan 25.5 peratus ketibaan pelawat China

Sabah catat peningkatan 25.5 peratus ketibaan pelawat China