Polis serbu pusat panggilan ‘scam’, tahan ratusan suspek

PUTRAJAYA – Seramai 400 individu dipercayai ahli sindiket penipuan dalam talian ditahan polis ketika serbuan di sebuah premis yang dipercayai dijadikan pusat panggilan di Bangsar South dekat Kuala Lumpur, pagi kelmarin.

Difahamkan, penahanan semua suspek yang terdiri daripada warga tempatan dan warga asing termasuk wanita itu dibuat kira-kira jam 11 pagi.

Serbuan dilakukan hasil maklumat awam dan risikan oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman bersama Kontinjen Kuala Lumpur.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus mengesahkan serbuan dan penahanan itu.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung serbuan itu.

“Siasatan masih berjalan memandangkan tangkapan dilakukan begitu ramai. Satu sidang media khas akan diadakan dalam masa terdekat,” katanya.

Kejayaan serbuan itu dilaporkan oleh China Press semalam yang menyebut ‘pihak polis menumpaskan sindiket perjudian dan penipuan dalam talian terbesar di ibu negara’ selepas menahan ratusan individu dalam serbuan di sebuah bangunan komersil di Bangsar South.

Akhbar itu melaporkan, operasi dijalankan ke atas sekurang-kurangnya lima tingkat bangunan yang dipercayai menempatkan pusat panggilan sindiket itu.

Difahamkan, kumpulan lelaki dan wanita yang ditahan dibawa dengan tujuh kenderaan polis secara berperingkat ke balai berhampiran untuk siasatan lanjut.

Tangkapan itu turut mencetuskan spekulasi di media sosial yang mendakwa bangunan berkenaan mempunyai kaitan dengan sebuah ‘syarikat atau broker dalam talian’.

Syarikat itu didakwa tidak memiliki lesen Bank Negara Malaysia selain berdepan rungutan pelanggan yang gagal mengeluarkan wang.

Related Posts

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

KUANTAN – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) akan menggerakkan 17 siri Program MADANI Kita (PMK) di seluruh negara bagi merapatkan jurang komunikasi antara kerajaan dan rakyat di peringkat akar umbi. Menyifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jualan Rahmah MADANI rekod transaksi lebih RM350 juta

KUANTAN – Program Jualan Rahmah MADANI di seluruh negara dilaksanakan sebanyak 22,834 kali sehingga hujung Ogos lalu, dengan nilai jualan melebihi RM350 juta. Ia sekali gus memberi manfaat kepada rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET