Polis temukan dadah RM1.4 juta, lelaki 22 tahun ditahan di Kuching

KUCHING – Seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah teres satu tingkat di Tabuan Desa pada 22 Ogos lalu selepas polis menemui pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM1.4 juta.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, DCP Saifullizan Ishak dalam kenyataan memaklumkan, serbuan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak pada jam 11.30 malam hasil risikan pihak berkuasa.

Antara yang dirampas ialah dadah disyaki jenis MDMA seberat 74.3 kilogram, ketamin 20.83 gram dan erimin 5 seberat 11.04 gram, yang mampu menjejaskan hampir 248,000 orang pengguna.

Siasatan awal mendapati suspek baru aktif dalam sindiket itu sejak awal Ogos lalu dan ditugaskan menjaga bekalan dadah di rumah sewa terbabit sebelum dibungkus untuk diedarkan kepada pelanggan sekitar Kuching. 

Difahamkan, suspek menerima bekalan serta wang perbelanjaan sebanyak RM1,000 daripada ahli sindiket lain.

Ujian air kencing terhadap suspek bagaimanapun didapati negatif dan dia juga tidak mempunyai rekod jenayah lampau. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Suspek kini direman tujuh hari sehingga 30 Ogos bagi membantu siasatan, manakala polis sedang giat memburu saki-baki ahli sindiket yang masih bebas.

“Polis Diraja Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam pengedaran dadah. Orang ramai boleh menyalurkan maklumat melalui hotline JSJN di talian 012-208 7222,” kata beliau.

Related Posts

Pemuda UPKO, Warisan buat laporan polis isu kenyataan Noorazli

LABUAN – Pergerakan Pemuda UPKO dan Pergerakan Generasi Muda UPKO Labuan membuat laporan polis berhubung kenyataan Ketua UMNO Bahagian Sepang, Datuk Noorazli Said yang didakwa menyentuh isu kaum, agama dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penglibatan anak muda beri dimensi baharu Sambutan Hari Malaysia di Sabah

KOTA KINABALU – Penglibatan seramai 300 pelajar daripada pelbagai institusi pengajian tinggi dalam persembahan khas dijangka memberi dimensi baharu kepada Sambutan Hari Malaysia peringkat Negeri Sabah, pada 16 September ini…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiga wartawan TMP wakil Malaysia ke program Latihan Kewartawanan Perang di Ankara

Tiga wartawan TMP wakil Malaysia ke program Latihan Kewartawanan Perang di Ankara

Pemuda UPKO, Warisan buat laporan polis isu kenyataan Noorazli

  • By Ezmie
  • September 15, 2026
Pemuda UPKO, Warisan buat laporan polis isu kenyataan Noorazli

Penglibatan anak muda beri dimensi baharu Sambutan Hari Malaysia di Sabah

  • By Ezmie
  • September 15, 2026
Penglibatan anak muda beri dimensi baharu Sambutan Hari Malaysia di Sabah

Malaysia nombor dua Asia Tenggara bagi prestasi penstriman internet

Malaysia nombor dua Asia Tenggara bagi prestasi penstriman internet

SPRM ingatkan masyarakat jangan mudah percaya maklumat tular

SPRM ingatkan masyarakat jangan mudah percaya maklumat tular

Leeds belasah Newcastle 4-1

Leeds belasah Newcastle 4-1