Pengumuman khas PM bukti kepekaan Kerajaan MADANI terhadap rakyat

PAPAR – Pengumuman khas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi bukti kepekaan Kerajaan MADANI terhadap denyut nadi rakyat.

Menurut Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, Kerajaan MADANI sentiasa berusaha mengimbangi keperluan meningkatkan kedudukan kewangan negara dengan tanggungjawab menjaga kesejahteraan rakyat.

“Inisiatif berimpak tinggi yang melibatkan peruntukan RM2 bilion dan dijangka memberi manfaat kepada lebih 22 juta rakyat Malaysia.

“Pemberian tunai RM100 melalui MyKad kepada semua warganegara berumur 18 tahun ke atas.

“RM100 ini akan dimasukkan terus ke dalam MyKad dan boleh ditebus di lebih 4,000 premis.

“Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di seluruh negara bagi pembelian barangan keperluan seperti beras, telur, minyak masak dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Program Hari Bersama Komuniti Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung (kg) Lengkuas, Kinarut, disini pada Rabu.

Tambah Fahmi, langkah itu membuktikan keprihatinan Perdana Menteri terhadap keluh-kesah rakyat yang berdepan tekanan kos sara hidup.

“Perdana Menteri sangat cakna dan sensitif terhadap rintihan rakyat. Sebab itu, bukan sahaja program SARA diperluas malah peruntukan untuk Jualan Rahmah juga ditambah dari RM300 juta kepada RM600 juta.

“Setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan melaksanakan sekurang-kurangnya satu sesi Jualan Rahmah bagi memastikan manfaat sampai ke akar umbi,” katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mengumumkan penurunan harga petrol RON95 kepada RM1.99 seliter.

“Anwar tidak turun, minyak RON95 yang turun.

“Mekanisme pelaksanaan harga baharu itu akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) dalam masa terdekat.

“Ini adalah antara langkah besar kerajaan selepas dua setengah tahun bergelut dengan defisit, isu tadbir urus dan usaha memulihkan keyakinan pelabur.

“Hari ini, kerajaan mula mengembalikan hasil itu kepada rakyat,” ujarnya.

Fahmi turut memberi bayangan bahawa pengumuman hari ini hanyalah permulaan.

“Perdana Menteri akan membentangkan Rancangan Malaysia Ke-13 pada 31 Julai ini, diikuti Belanjawan MADANI 2026 pada bulan Oktober.

“Kita akan lihat lebih banyak inisiatif yang lebih menyeluruh dan bersasar demi kesejahteraan rakyat,” jelasnya.

Related Posts

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

SHAH ALAM – Tiada parti politik yang meletakkan agenda menggulingkan Raja sebagai sebahagian daripada manifesto ketika meminta mandat rakyat pada pilihan raya negeri (PRN). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan laporan awal berkaitan pengurusan dan tatakelola Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan didedahkan kepada umum minggu depan. Anwar berkata, pendedahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hak Terengganu bukan tiket untuk Pas kuasai Putrajaya

Hak Terengganu bukan tiket untuk Pas kuasai Putrajaya

Keselamatan pelancong tidak boleh dikompromi – Jafry

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Keselamatan pelancong tidak boleh dikompromi – Jafry

Politeknik bakal perluas tawaran ijazah, lima lagi institusi dikenal pasti

Politeknik bakal perluas tawaran ijazah, lima lagi institusi dikenal pasti

Purata gaji rakyat Malaysia naik 4.1 peratus kepada RM3,803 pada 2025 – DOSM

Purata gaji rakyat Malaysia naik 4.1 peratus kepada RM3,803 pada 2025 – DOSM

Jalan akses RM170 juta bakal hubungkan Limpaku Pinang menjelang 2029

Jalan akses RM170 juta bakal hubungkan Limpaku Pinang menjelang 2029

UNIMAS, MOCA Resources meterai MoU perkasa pensijilan profesional OSH

UNIMAS, MOCA Resources meterai MoU perkasa pensijilan profesional OSH