BBC sifatkan pengumuman PMX langkah bermanfaat

PUTRAJAYA – Kelab Penyokong Kerajaan MADANI (Backbenchers Club-BBC) menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang disifatkan sebagai langkah bermanfaat untuk rakyat dan negara.

Pengerusinya, Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata, pengumuman itu mencerminkan komitmen teguh kerajaan dalam meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan.

“BBC percaya inisiatif-inisiatif yang diumumkan seperti SARA untuk semua iaitu pemberian RM100 secara ‘one-off’ menerusi MyKad yang pertama kali dilaksanakan, di samping pengekalan harga tol, perluasan Jualan Rahmah MADANI serta penurunan harga RON95 kepada RM1.99 seliter, nyata berupaya meredakan kos sara hidup rakyat.

“Ia juga memberi ruang perbelanjaan yang lebih selesa, khususnya kepada golongan B40 dan M40,” katanya dalam satu sidang media khas di Dewan Rakyat, hari ini.

Jelasnya, langkah itu juga selari dengan kerangka Ekonomi MADANI dan membuktikan segala usaha kerajaan dalam menarik pelaburan ke dalam negara, mampu diterjemahkan kepada kesejahteraan rakyat.

“Pihak BBC percaya bahawa segala inisiatif diumumkan ini akan memberikan manfaat nyata kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya lagi.

Related Posts

Hukuman penjara tunggu ‘mat rempit’ mulai November

KOTA BHARU – Samseng jalanan termasuk mereka yang terlibat dalam kegiatan ‘mat rempit’ bakal berdepan hukuman lebih berat antaranya penjara apabila pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dikuatkuasakan mulai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan politikkan isu sekolah selamat

PUTRAJAYA – Tindakan lebih menyeluruh perlu dilaksanakan bagi memastikan keselamatan pelajar di sekolah benar-benar terjamin susulan kematian seorang pelajar Tingkatan Empat di sebuah sekolah di Yong Peng, kelmarin. Pengerusi Pertubuhan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hukuman penjara tunggu ‘mat rempit’ mulai November

Hukuman penjara tunggu ‘mat rempit’ mulai November

Tatakelola, penguatkuasaan diperkukuh bendung pencerobohan tanah – PM

Tatakelola, penguatkuasaan diperkukuh bendung pencerobohan tanah – PM

Subsidi kerajaan susut 40.1 peratus pada 2025, bantuan kebajikan meningkat 380.8 peratus

Subsidi kerajaan susut 40.1 peratus pada 2025, bantuan kebajikan meningkat 380.8 peratus

Kerjasama Warisan, KDM, STAR diperkukuh di Sepanggar

Kerjasama Warisan, KDM, STAR diperkukuh di Sepanggar

Ahli Parlimen Bandar Kuching gesa reformasi perkhidmatan kesihatan Sabah, Sarawak 

Ahli Parlimen Bandar Kuching gesa reformasi perkhidmatan kesihatan Sabah, Sarawak 

Tiada PRK Petaling Jaya susulan kekosongan kerusi Parlimen – SPR

Tiada PRK Petaling Jaya susulan kekosongan kerusi Parlimen – SPR