Remaja tengah ‘wheelie’ antara 65 ditahan dalam operasi khas

KUANTAN – Seorang remaja sedang melakukan aksi ‘wheelie’ antara 65 ditahan ketika Operasi Khas Samseng Jalanan di sekitar bandar raya ini, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, operasi dilancarkan susulan aduan penduduk setempat yang terganggu dengan kegiatan lumba haram di sekitar daerah ini.

Dalam operasi dijalankan antara jam 4 petang dan 11 malam itu, sebanyak 194 saman dikeluarkan dan 24 motosikal disita kerana pelbagai kesalahan.

Mohd Adli berkata, semua penunggang motosikal ditahan berusia antara 15 dan 25 tahun.

“Selain terbabit dengan lumba haram, mereka turut melakukan pelbagai kesalahan, antaranya nombor plat tidak ikut spesifikasi ditetapkan, tiada cermin sisi, pengubahsuaian tidak sah, ekzos bising dan tiada lesen.

“Dalam operasi itu, polis turut menahan seorang remaja berusia 18 tahun kerana menunggang motosikal secara melulu dengan melakukan aksi berbahaya ‘wheelie’ di jalan utama,

“Tindakan itu bukan hanya membahayakan diri sendiri tetapi turut mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain.” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Remaja terbabit disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mohd Adli berkata, polis akan terus melancarkan operasi sama bagi membendung samseng jalanan di sekitar bandar raya ini.

Related Posts

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

ALOR SETAR – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah menyelesaikan sepenuhnya pembekalan 8,275 tan metrik baja urea bagi kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), lebih awal daripada tempoh ditetapkan. NAFAS memaklumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

BALING – Taktik sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi yang memilih lokasi terpencil di sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Ketil, di sini gagal apabila kegiatan itu terbongkar pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar