Isu air, tenaga di Sabah perlu ditangani – Fadillah

KOTA KINABALU – Isu air dan tenaga merupakan dua perkara yang perlu ditangani di Sabah sebaik mungkin, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata, pandangan itu dikongsikan kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman semasa sesi kunjungan hormat di Istana Negeri Sabah pada Ahad.

“Sebab bagi kami kalau tak ada air, tak ada tenaga, maka tak akan berlaku perubahan ekonomi dan yang lebih membebankan tidak akan dapat memberi kepada kesejahteraan rakyat.

“Sebab kalau tiada air, sudah pasti rakyat akan gelisah nak mandi, waktu mandi termasuk yang berlaku di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

“Kita akan lawat dan mencari jalan penyelesaian bagaimana dalam tempoh yang segera ini sebagai langkah sementara untuk membantu UMS,” katanya semasa berucap sempena Program Sesi Libat Urus PETRA bersama Media tahun 2025 di sini pada Ahad.

Mengulas lanjut mengenai projek Kerajaan Persekutuan di Sabah, Fadillah berkata, di bawah PETRA, nilai keseluruhan peruntukan pembangunan sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) hingga Jun 2025 mencecah RM8.799 bilion, melibatkan 86 projek.

“Sabah boleh dikatakan antara negeri yang menerima peruntukan terbesar daripada Kerajaan Persekutuan.

“Inilah komitmen Kerajaan Persekutuan untuk bersama-sama Kerajaan Sabah.

“Walaupun bidang kuasa air dan tenaga terletak di bawah Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan tetap akan mencari jalan membantu, terutama dari segi pembinaan infrastruktur demi kesejahteraan rakyat,” ujarnya.

Related Posts

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

KUANTAN – Wartawan Astro AWANI, Mohd Zalani Md Atan, 66, meninggal dunia ketika tidur di kediamannya di sini pada petang tadi, selepas dilaporkan demam dan mengalami kesukaran berjalan sejak beberapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

TINDAKAN Barisan Nasional (BN) meletakkan calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dilihat mencabar kedudukan Wawasan yang memberi isyarat bahawa kerusi Parlimen turut akan dirampas UMNO pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak