Presiden China, delegasi puji persembahan Siti Nurhaliza

PUTRAJAYA – Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi keterujaan apabila persembahannya mendendangkan lagu ‘The Moon Represents My Heart’ nyanyian asal mendiang Teresa Teng pada majlis malam sempena lawatan rasmi Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia, baru-baru ini mendapat perhatian pemimpin serta delegasi kenamaan luar.

Siti berkata, dia menerima banyak mesej yang rata-rata menyukai dan memuji kefasihan menyanyi dalam bahasa Mandarin.

“Saya percaya jika ke luar negara dan mendengar artis menyanyikan lagu bahasa Melayu pasti menerbitkan kekaguman.

“Mungkin itulah yang berlaku kepada Presiden China waktu itu. Lagu ini pula memang popular dan semua orang tahu.

“Cuma, cara nyanyian saya sahaja berbeza.

“Saya dapat kiriman mesej daripada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek. Suami saya di rumah pun dapat mesej kerana rakannya yang berada pada majlis berkenaan beritahu delegasi dari China memuji saya dengan mengatakan nyanyian saya sempurna,” katanya ditemui Berita Harian pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri CTDK Holdings dan Yayasan Nurjiwa di ibu negara.

Berkongsi lanjut, dia memberitahu, pemilihan lagu itu dibuat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

“Lagu ini memang karya legenda. Rasanya semua orang Cina tahu lagu ini.

“Cuma, susunan muzik kali ini digubah untuk disesuaikan dengan orkestra.

“Saya sudah menyanyikannya sejak dahulu lagi. Cuma, saya belajar lagi untuk acara seperti ini.

“Saya dengar balik lagu daripada penyanyi asal, terutama dari segi sebutan.

“Alhamdulillah, sebutan saya betul dan mereka pun terhibur. Saya sangat bersyukur mereka terhibur dan menghargai nyanyian saya.

“Saya anggap ini salah satu sumbangan kepada negara. Lagipun MOTAC banyak membantu dalam kerja seni saya,” katanya yang turut menyanyikan lagu Cindai.

Related Posts

Fahmi anggap ‘Cik Man’ anak seni disegani ramai

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil menzahirkan ucapan takziah atas pemergian pelakon veteran, Kamarozaman Yusoff atau lebih dikenali sebagai Cik Man yang meninggal dunia petang Rabu. Menerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

PELAKON filem dan drama Kamarool Yusoff atau lebih dikenali sebagai Cik Man meninggal dunia pada Rabu dipercayai akibat serangan jantung. Allahyarham yang berusia 68 tahun itu menghembuskan nafas terakhir jam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar