Projek naik taraf Jalan Donggongon-Tambunan dijangka siap Oktober 2026

PENAMPANG – Projek menaik taraf Jalan Donggongon-Tambunan, yang bakal menjadi penyelesaian jangka panjang kepada masalah kesesakan lalu lintas serta memendekkan masa perjalanan antara Kota Kinabalu dan Tambunan sehingga 30 minit, dijangka siap pada Oktober 2026.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, projek bernilai RM299.76 juta itu kini mencapai kemajuan fizikal sebanyak 13.06 peratus sejak dimulakan pada 25 Oktober 2022.

Namun katanya, pelaksanaan projek berdepan beberapa kekangan termasuk isu berkaitan pengambilan tanah yang menjejaskan kelancaran kerja-kerja pembinaan.

“Dalam perbincangan hari ini, kita dapati masalah utama adalah isu pengambilan tanah serta kos yang melebihi anggaran asal. Perkara ini mengganggu kelancaran pelaksanaan projek.

“Sehubungan itu, saya telah mengarahkan Ketua Setiausaha (KSU) untuk mengadakan mesyuarat koordinasi bersama Kementerian Ekonomi dan kementerian berkaitan dalam masa terdekat bagi mencari penyelesaian bersama,” katanya pada sidang media selepas meninjau projek menaik taraf Jalan Donggongon ke Tambunan di Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Penampang, di sini, pada Ahad.

Alexander menjelaskan, selagi bayaran pengambilan tanah belum diselesaikan, sebarang kerja seperti pengalihan utiliti mahupun pembinaan jalan tidak dapat dijalankan di kawasan yang terlibat.

Dalam pada itu, beliau turut menyentuh cabaran penyelenggaraan jalan raya di seluruh negara yang menurutnya terjejas akibat kekurangan peruntukan tahunan.

“Sebenarnya di seluruh negara, keperluan penyelenggaraan jalan mencecah RM4 bilion setahun, namun peruntukan yang diterima kebiasaannya hanya sekitar 25 hingga 30 peratus sahaja daripada jumlah tersebut,” katanya.

Related Posts

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

LAHAD DATU – Hasrat seorang lelaki mencari rezeki di laut berakhir dengan tragedi apabila dia dipercayai dibaham seekor buaya ketika mengambil pukat di perairan Kampung Mundas, Tungku dekat sini pagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengarahkan supaya tiada caj parkir atau kompaun dikenakan kepada pengguna susulan gangguan teknikal yang menyebabkan aplikasi parkir tidak dapat diakses.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

  • By Aden
  • June 30, 2026
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil