Anwar rakam tahniah kepada cikgu Nazmi

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada seorang guru Malaysia, Muhammad Nazmi Rosli atas pengiktirafan sebagai antara 50 finalis Hadiah Guru Global 2025.

Menerusi hantaran di laman Facebook, beliau berkata, keikhlasan Muhammad Nazmi mendidik anak bangsa dengan menyuntik daya cipta dalam pendidikan di sekolah luar bandar di Sarawak adalah contoh kepimpinan pendidikan membanggakan.

“Pengiktirafan ini juga harus mencetus inspirasi buat para pendidik,” katanya.

Muhammad Nazmi, 32, adalah seorang guru Bahasa Inggeris di Sarawak, diumumkan sebagai antara 50 finalis terbaik dari seluruh dunia untuk Hadiah Guru Global 2025.

Beliau sebelum ini pernah memenangi Hadiah Guru Malaysia 2023 kerana ikhtiarnya mendidik murid dengan membuat latihan simulasi dalam bilik darjah, antaranya memberikan pengalaman kehidupan lazim seperti memasuki kedai dobi atau menaiki kapal terbang dengan menggunakan bahan kitar semula.

Related Posts

Perkasakan peranan FWCMS demi banteras warga asing

PUTRAJAYA – Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) perlu diperkasa secara holistik sebagai pendekatan pencegahan bagi menangani isu pematuhan imigresen, bukannya hanya bergantung kepada operasi serbuan dan penahanan besar-besaran. Profesional…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MyKad Generasi Baharu tersedia di seluruh negara mulai hari ini

KUALA LUMPUR – Pemegang MyKad lama kini boleh mendapatkan MyKad Generasi Baharu di semua cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di seluruh negara, bermula hari ini. Menurut soalan lazim yang disiarkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

  • By Fatin
  • September 18, 2026
Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

  • By Fandi
  • September 18, 2026
Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah