Gencatan senjata Gaza bermula Ahad

PERDANA Menteri dan Menteri Luar Qatar, Mohammed bin Abdulrahman mengumumkan kejayaan pengantara mencapai perjanjian gencatan senjata di Semenanjung Gaza, dengan pelaksanaannya dijadual bermula Ahad ini.

Agensi Anadolu (AA) melaporkan dalam sidang media diadakan di Doha, Mohammed berkata, fasa pertama perjanjian itu akan berlangsung selama 42 hari dan membabitkan pembebasan 33 tahanan Israel sebagai pertukaran dengan sejumlah tahanan Palestin yang tidak dinyatakan.

Mohammed turut memaklumkan bahawa Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) ‘akan berusaha memastikan pelaksanaan perjanjian itu’ dengan mekanisme bagi memantau pelaksanaannya serta menangani sebarang kemungkinan pelanggaran.

Menteri Qatar itu turut menyuarakan harapannya agar ‘tiada operasi ketenteraan akan dijalankan dalam tempoh menjelang pelaksanaan perjanjian itu’.

Sementara itu, Pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, sebelum ini berkata, beberapa klausa dalam perjanjian Gaza masih ‘belum diselesaikan’ tetapi berharap untuk ‘memuktamadkannya malam ini’.

Terdahulu, tentera Israel mempertingkat serangan ke atas Gaza, mengebom sebuah sekolah yang menjadi tempat perlindungan dan beberapa rumah di seluruh Semenanjung, yang membunuh sekurang-kurangnya 62 orang dalam tempoh 24 jam lalu.

Related Posts

Anwar kecam serangan Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid, Riyadh

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam sekeras-kerasnya serangan terhadap Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh, Arab Saudi yang mengorbankan nyawa orang awam dan menyebabkan ratusan lagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ratu Suthida terbangkan jet pejuang secara solo

SURAT THANI – Ratu Thailand, Ratu Suthida Bajrasudhabimalalakshana membuktikan baginda berada dalam kelas tersendiri apabila melakar sejarah dunia menjadi ratu pemerintah pertama yang berjaya menerbangkan jet pejuang supersonik secara solo.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Runner’ tidak berdaftar dilarang berurusan di JPJ mulai Januari 2027

‘Runner’ tidak berdaftar dilarang berurusan di JPJ mulai Januari 2027

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala