Pemilihan AJK baharu Wanita DAP Sabah pada 19 Januari ini

KOTA KINABALU – Wanita Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sabah menganjurkan Konvensyen Biasa Wanita pada 19 Januari ini sekali gus mengadakan pemilihan Ahli Jawatankuasa (AJK) yang baharu.

Menurut Setiausahanya, Yiska Lassan konvensyen akan berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC) dan pembukaannya diadakan serentak dengan DAPSY Sabah pada pukul 10 pagi.

“Pada tahun ini, akan diadakan pemilihan AJK Wanita untuk tahun 2025-2027 yang melibatkan sembilan bahagian Wanita DAP di seluruh Sabah.

“Semua bahagian telah pun memberi kerjasama yang sangat baik dalam proses mengisi borang penamaan calon yang sudah dikemukakan kepada DAP Pusat pada 18 Disember tahun lalu,” katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Yiska berkata, Wanita DAP Sabah komited dalam mengetengahkan penglibatan wanita dalam parti.

“Antara usul yang akan dibawakan oleh Jawatankuasa Wanita DAP Sabah adalah syor supaya 30 peratus wanita berada di peringkat kumpulan pembuat keputusan dalam parti.

“Termasuk untuk mempertahankan 30 peratus penglibatan wanita sebagai calon dalam pilihan raya umum dan pilihan raya negeri,” tambah beliau.

Katanya lagi, perasmian konvensyen ini akan disempurnakan oleh Pengerusi DAP Sabah, Phoong Jin Zhe.

  • Related Posts

    DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

    SEREMBAN – Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan mencabar pihak yang mendakwa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sudah melalui penyiasatan yang secukupnya dan sepenuhnya sebelum…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

    KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meninjau kawasan G Hillstand, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang menempatkan sebahagian besar pemegang Tiket MADANI sempena perlumbaan Formula 1…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

    DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

    Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

    Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

    Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

    Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

    Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

    Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

    Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

    Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

    Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017

    Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017