Masih banyak PMKS belum guna teknologi digital

PUTRAJAYA – Kementerian Digital mengakui masih banyak perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) membabitkan komposisi 97 peratus daripada perniagaan di negara ini belum bersedia dengan penggunaan teknologi digital untuk berkembang.

Menterinya, Gobind Singh Deo berkata, kementerian perlu giat melakukan transformasi termasuk meyakinkan pengusaha PKMS supaya mengambil bahagian dalam ekonomi digital.

Katanya, langkah itu perlu dalam usaha mencapai sasaran 25.5 peratus sumbangan ekonomi digital kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi PMKS tahun ini seperti termaktub dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).

“Teknologi kini berubah laju dan kita mahu memastikan PMKS serta industri boleh mengadaptasikan teknologi ini dengan cepat, memandangkan 97 peratus daripada perniagaan di Malaysia adalah PMKS.

“Kita semua tahu jika gunakan teknologi seperti platform tertentu sedia ada, kita boleh memperkasakan perniagaan, tetapi kenapa ramai kurang minat menggunakan teknologi baharu ini untuk memperkasakan perniagaan mereka. Itu menjadi persoalan yang kita kena lihat,” katanya selepas program Jelajah Malaysia Digital@Perak: SME Digitalisation di Ipoh, semalam.

Gobind berkata, program Jelajah Malaysia Digital (MD) mula diperkenalkan kementeriannya dengan Perak menjadi negeri pertama siri jelajah itu diadakan bagi mendapatkan input mengenai perkara itu daripada pengusaha PMKS, sebelum ia dikemukakan bagi mencari penyelesaian.

“Banyak soalan dikemukakan berkaitan teknologi yang boleh digunakan peniaga untuk memperkasakan perniagaan mereka dan kita lihat cabaran itu berbeza mengikut sektor.

“Jadi, dalam kita bergerak ke hadapan saya rasa kita teruskan dengan program perjumpaan dan perbincangan dengan masyarakat sebelum kita kemukakan cadangan untuk perkara itu diselesaikan,” katanya.

Mengulas keselamatan siber berkaitan insiden tertentu yang pernah dilapor hingga merunsingkan peniaga termasuk wang dalam akaun e-dagang peniaga didakwa hilang, Gobind berkata, keselamatan seperti itu juga akan diberikan penekanan.

Bagaimanapun, katanya, masih ramai dalam kalangan PMKS yang berjaya menerusi perniagaan digital walaupun ada kes begitu.

Related Posts

SARA bulanan mula dikredit hari ini

KUALA LUMPUR – Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bulanan mula dikreditkan kepada penerima melalui MyKad masing-masing hari ini. Kementerian Kewangan (MoF) menerusi hantaran di aplikasi X pada Khamis memaklumkan, sejumlah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPM henti serta-merta program penceramah bebas susulan dakwaan tular

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) mengarahkan semua program melibatkan seorang penceramah bebas dihentikan serta-merta susulan beberapa dakwaan serius yang sedang tular di media sosial. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kejohanan Kuantan 7s Hockey Challenge 2026 rekod 180 penyertaan

Kejohanan Kuantan 7s Hockey Challenge 2026 rekod 180 penyertaan

Netizen sifatkan Mohd Shuhaily pilihan tepat perkukuh kawalan sempadan negara

Netizen sifatkan Mohd Shuhaily pilihan tepat perkukuh kawalan sempadan negara

Tegas pertahan integriti, KP AKPS lapor polis isu video tular

Tegas pertahan integriti, KP AKPS lapor polis isu video tular

Warga emas maut, motosikal bertembung pacuan empat roda

  • By Fatin
  • October 1, 2026
Warga emas maut, motosikal bertembung pacuan empat roda

DBKK nafi dakwaan palsu lantikan CEO Kinabalu Venture

DBKK nafi dakwaan palsu lantikan CEO Kinabalu Venture

SARA bulanan mula dikredit hari ini

SARA bulanan mula dikredit hari ini