60 rumah atas air musnah terbakar di Tawau

TAWAU – Kira-kira 60 buah rumah atas air musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Kampung (Kg) Sri Aman, Batu 3 Jalan Apas, di sini, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ushin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pukul 7.46 pagi.

“Sepasukan 51 anggota termasuk dari BBP Kunak serta Bomba Komuniti Titingan bergegas ke lokasi untuk memulakan operasi pemadaman kebakaran.

“Operasi pemadaman menggunakan dua aliran 300 kaki, tiga pancutan dan sumber air dari jentera dan pili bomba,” katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Menurut Jemishin, terdapat tiga orang mangsa mengalami sesak nafas telah diberi rawatan awal di lokasi oleh Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) Bomba.

Katanya, maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Related Posts

Perancangan bandar perlu seiring kesejahteraan rakyat – Dr Sim

KUCHING – Hubungan antara kesihatan awam, reka bentuk bandar dan persekitaran binaan perlu diberi perhatian dalam merancang pembangunan bandar yang lebih sihat, mampan dan mampu meningkatkan kesejahteraan masyarakat. Perkara itu antara penekanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
5 juta rakyat dijangka terima manfaat program LESTARI menjelang 2030

KUALA LUMPUR – Kira-kira lima juta rakyat dijangka menerima manfaat menerusi pelbagai program impak sosial yang dilaksanakan bersama pemain industri di bawah LESTARI: Rangka Kerja dan Pelan Hala Tuju Kelestarian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Agong terima menghadap Perdana Menteri, bincang perkembangan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Agong terima menghadap Perdana Menteri, bincang perkembangan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Perancangan bandar perlu seiring kesejahteraan rakyat – Dr Sim

Perancangan bandar perlu seiring kesejahteraan rakyat – Dr Sim

Bekas CEO FIC didakwa tipu Lembaga Pengarah berkaitan projek, tanah RM691.7 juta

Bekas CEO FIC didakwa tipu Lembaga Pengarah berkaitan projek, tanah RM691.7 juta

5 juta rakyat dijangka terima manfaat program LESTARI menjelang 2030

5 juta rakyat dijangka terima manfaat program LESTARI menjelang 2030

40 peratus Sabah bukan syarat sokongan politik pada Kerajaan MADANI

  • By Fatin
  • September 29, 2026
40 peratus Sabah bukan syarat sokongan politik pada Kerajaan MADANI

Perancis, Itali atasi lawan dalam saingan Liga UEFA

Perancis, Itali atasi lawan dalam saingan Liga UEFA