PKR Sabah gesa pembangkang henti fitnah PMX sembunyi Titah Adendum



KOTA KINABALU – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggesa pihak pembangkang menghentikan fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan tuduhan menyembungikan Titah Adendum.

Ketua Penerangan PKR Sabah, Razeef Rakimin berkata, pihaknya tetap berpendapat bahawa Perdana Menteri tidak terlibat dalam perbuatan menyembunyikan Titah Adendum itu dan mahu fitnah tersebut dihentikan.

“Berkenaan Titah Adendum tersebut PKR Sabah menyerahkan kepada pihak mahkamah dan tidak mahu memberikan komen lanjut.

“Seperti sedia maklum Perdana Menteri yang juga merupakan Presiden PKR mendapat asakan tuduhan oleh pihak pembangkang berkenaan perkara tersebut.

“Pada pandangan kita Perdana Menteri tidak terlibat, malah beliau memberikan ruang kepada badan kehakiman serta tidak campur tangan urusan mahkamah walaupun melibatkan bekas seteru politiknya, Datuk Seri Najib Razak,” katanya di sidang media mingguan PKR di sini pada Ahad.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan berkenaan pertemuan pimpinan utama PKR Sabah dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

“Pertemuan pimpinan utama PKR Sabah dengan Ketua Menteri di kediaman rasmi beliau hanya sekadar kunjungan memandangkan Pengerusi PKR Sabah baru sahaja balik dari menunaikan ibadah umrah, manakala Ketua Menteri pula akan menjalani ibadah umrah.

“Pada pertemuan itu, kita berbincang banyak tentang pembangunan rakyat Sabah termasuk infrastruktur dan tidak ada hal politik dibancangkan termasuk isu pembahagian kerusi.

“Untuk keberadaan PKR dalam Kerajaan Negeri, setakat ini fokus kami adalah memastikan segala perancangan Kerajaan Negeri berjalan lancar terutama pembangunan ekonomi,” ujar beliau.

Tambahnya, perkara tersebut dibuat adalah kerana tidak mahu gangguan dalam urusan pentadbiran negeri Sabah.

“Kita khuatir sebarang tindakan tergesa-gesa terutamanya tindakan yang mengganggu gugat kestabilan politik akan menganggu urusan pentadbiran serta mengurangkan keyakinan pelabur,” katanya.

Related Posts

11 kru Indonesia ditahan, vesel pukat jerut langgar syarat lesen

LUMUT – Sebuah vesel nelayan tempatan (VNT) ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) selepas disyaki menjalankan aktiviti menangkap ikan kurang daripada satu batu nautika dari pantai, kira-kira 0.1 batu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

KOTA KINABALU – Seorang pendaki warga Croatia yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ketika mendaki Gunung Kinabalu ditemukan masih hidup pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR), Isnin. Menurut laporan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 kru Indonesia ditahan, vesel pukat jerut langgar syarat lesen

11 kru Indonesia ditahan, vesel pukat jerut langgar syarat lesen

PDRM buka siasatan terhadap Presiden Pas

  • By Aden
  • September 8, 2026
PDRM buka siasatan terhadap Presiden Pas

Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

  • By Ezmie
  • September 8, 2026
Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

Borneo Bird Run kembali selepas tujuh tahun, sasar semarak kesedaran alam sekitar

  • By Fandi
  • September 8, 2026
Borneo Bird Run kembali selepas tujuh tahun, sasar semarak kesedaran alam sekitar

Pusat Khidmat Parlimen Miri sumbang cermin mata percuma kepada pelajar sekolah

Pusat Khidmat Parlimen Miri sumbang cermin mata percuma kepada pelajar sekolah

Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40 peratus hak negeri

  • By Fatin
  • September 8, 2026
Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40 peratus hak negeri