SPRM tumpu ‘grand corruption’ pada 2025, kembalikan aset dan wang negara diseleweng – Azam

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memberi tumpuan usaha membanteras rasuah dalam aspek perolehan, penguatkuasaan dan ‘grand corruption’ tahun depan.

Langkah itu bertujuan membantu pertumbuhan ekonomi negara, mengurangkan ketirisan serta mengembalikan aset dan wang negara yang diselewengkan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, agensi itu akan melaksanakan transformasi struktur melalui penambahbaikan pendekatan kerja, selain memperkukuhkan fungsi dan peranan setiap bahagian agar lebih efektif dalam melaksanakan tugas.

“Sebagai ketua pesuruhjaya, saya akan melakukan ‘revamp’ terhadap pendekatan digunakan SPRM, termasuk cara bekerja, berfikir dan ‘mindset’.

“Langkah ini penting agar SPRM tidak terperangkap dalam zon selesa.

“Kita perlu menjalani transformasi untuk meningkatkan keberkesanan dan kepakaran, sekali gus memastikan pegawai lebih profesional dalam melaksanakan tugas berimpak,” lapor Bernama pada Khamis.

Beliau berkata, penekanan khusus akan diberikan terhadap penyiasatan tatakelola dengan penjenamaan semula Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan (Perun) kepada Bahagian Penyiasatan Tatakelola (BPT).

“Ia sekali gus memberikan taring kepada SPRM untuk memastikan hasil penyiasatan tatakelola diimplementasikan jabatan terlibat.

“Penting bagi menutup ruang dan peluang rasuah, selaras usaha memperkasakan ‘governance’ dan amalan tatakelola,” kata Azam.

Mengenai pertambahan peruntukan kepada SPRM dalam Belanjawan 2025, Azam merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kelulusan peruntukan tambahan untuk suruhanjaya itu.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri atas kelulusan tambahan 200 pegawai.

“Kami sedang bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bagi melaksanakan proses pengambilan ini.

“Penambahan pegawai ini bertujuan memperkukuh bahagian operasi SPRM, terutamanya dalam bidang berkaitan pengubahan wang haram dan kes berprofil tinggi. Ini selaras strategi ditetapkan bagi 2025 dan tahun seterusnya,” katanya.

Menurutnya, tambahan peruntukan kepada SPRM juga akan dimanfaatkan untuk mempromosikan tadbir urus baik, khasnya dalam sektor awam, memperkukuh kerjasama antarabangsa dengan pelbagai negara serta menyokong program pencegahan dan pendidikan lebih berimpak.

Selain itu, SPRM akan menyemak semula semua prosedur operasi standard (SOP) berkaitan perintah tetap ketua pesuruhjaya bagi menangani cabaran semasa, memandangkan kes rasuah semakin rumit dan kompleks.

“Berdasarkan kekuatan kakitangan semasa, penting untuk mengamalkan pendekatan tepat dengan menilai semula strategi digunakan di semua sektor SPRM,” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2025 mengumumkan peruntukan SPRM dinaikkan kepada RM360 juta tahun depan berbanding RM338 juta yang diterima tahun ini.

Katanya, kerajaan memberi kebebasan sepenuhnya kepada SPRM untuk menyiasat dan mengambil tindakan tegas bagi memastikan pesalah rasuah diheret ke muka pengadilan.

Related Posts

BDR kurangkan penggunaan 4.05 juta liter petrol, kerajaan jimat RM7.31 juta subsidi

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) dalam kalangan Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan berjaya menjimatkan 4.05 juta liter penggunaan petrol, sekali gus mengurangkan perbelanjaan subsidi kerajaan sebanyak RM7.31…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) Melaka mengesahkan keputusan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) gabungan itu menarik diri daripada pentadbiran Kerajaan Negeri susulan pendirian menolak pindaan Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KWAP rugi RM200 juta, siapa sebenarnya meluluskan pelaburan?

KWAP rugi RM200 juta, siapa sebenarnya meluluskan pelaburan?

190 prospek penjara dipindahkan ke Limbang menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0

190 prospek penjara dipindahkan ke Limbang menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0

Polis kesan lelaki bantu siasatan langgar syarat OPP

Polis kesan lelaki bantu siasatan langgar syarat OPP

Sidang Dewan Rakyat berakhir, fokus beralih ke pelaksanaan 13 RUU baharu

Sidang Dewan Rakyat berakhir, fokus beralih ke pelaksanaan 13 RUU baharu

Kita mulakan Negeri Sembilan begitu baik dan usaha ini tidak harus ditinggalkan – Anwar

Kita mulakan Negeri Sembilan begitu baik dan usaha ini tidak harus ditinggalkan – Anwar

Dua keluarga tarik nafas lega rumah siap dibaiki sepenuhnya

Dua keluarga tarik nafas lega rumah siap dibaiki sepenuhnya