Titah Adendum: Berhentilah menunggang

TIDAK perlulah sesiapapun ‘menunggang’ Titah Adendum (titah tambahan).

Demikian rumusan harapan rata-rata individu yang ditemui penulis di Terengganu hari ini.

Dalam program berkaitan kunjungan Menteri Komunikasi – Yang Berhormat Fahmi Fadzil – di negeri itu, persoalan tersebut menjadi satu daripada topik kebimbangan rakyat.

Bagi mereka, persoalan Titah Adendum tidak seharusnya diperdebatkan di Parlimen kerana kes itu kini berada dalam proses perbicaraan di mahkamah.

Penulis bersetuju dengan pandangan rakyat yang memahami isu tersebut.

Mereka nampaknya mula tidak senang dengan ‘penunggangan’ yang keterlaluan oleh sesetengah ahli politik.

Kita faham bahawa ahli politik dan parti politik tertentu perlu memiliki talian hayat namun itu tidak bermakna isu sedemikian disalahgunakan.

Selasa lalu, beberapa ahli Parlimen pembangkang tiba-tiba ‘naik hantu’; menyerang Perdana Menteri dengan tuduhan menganiaya Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri kemudiannya bangkit; membidas mereka bahawa tuduhan sangat tidak wajar kerana beliau terikat dengan adab sebagai ‘rakyat yang santun’ kepada Yang di-Pertuan Agong.

Mengulas ringkas perkara itu di Kuala Terengganu semalam, Fahmi berkata, isu tersebut perlu difahami dengan penuh berhemah.

Jawapan ringkas menteri berkenaan sangat bertepatan dengan kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Istana Pahang.

Oleh sebab itu, ada nota ringkas rakyat kepada mereka – berhentilah menjadi penunggang berkaitan isu tersebut.

Sekiranya nota ini tetap juga dilanggar, majoriti rakyat kian muak dengan sikap mereka.

Yang sepatutnya dilakukan pembangkang kini tentunya membantu kerajaan membawa negara ke tahap yang lebih baik.

Ini tidak bermakna pembangkang tidak boleh membangkang namun lakukanlah dengan bijaksana.

Pilihlah isu yang relevan; bukannya isu yang boleh membawa keburukan.

Related Posts

Fakta menolak persepsi: Lonjakan daya saing global

​LAPORAN terbaharu pada Jun 2026 mengesahkan Malaysia melonjak hebat 8 anak tangga ke kedudukan ke-15 dalam Indeks Daya Saing Global (IMD). Sebuah bukti nyata, bukan sekadar persepsi atau propaganda semata-mata.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar