Sabah Electricity akan ganti kabel elektrik lama di Jalan Cecily secara beperingkat

SANDAKAN – Sabah Electricity akan melaksanakan kerja-kerja penggantian kabel elektrik lama di kawasan Jalan Cecily secara berperingkat ekoran isu bekalan elektrik tidak stabil.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin berkata, perkara itu dipersetujui semasa sesi perbincangan bersama Pengurus Sabah Electricity Sandakan (Timur), Ir Siti Jamilah Alias.

“Selain itu, perancangan membahagikan elektrik kepada tiga zon di Jalan Cecily turut dibincangkan untuk memastikan voltan lebih stabil terutamanya pada waktu puncak.

“Saya memahami kesukaran yang dihadapi penduduk, termasuk bekalan elektrik yang terlalu rendah sehingga mengganggu kehidupan harian mereka.

“Tindakan segera seperti ini adalah penting bagi memastikan masalah ini dapat diselesaikan dengan baik,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, katanya masalah kekurangan lampu jalan serta lampu jalan rosak antara isu yang turut sama dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.

“Ada antara lampu jalan yang terlindung oleh pokok besar.

“Saya telah memasang 200 lampu solar di sepanjang Jalan Cecily, namun kita tidak boleh bergantung sepenuhnya pada lampu solar kerana ia tidak cukup terang semasa cuaca hujan.

“Saya meminta kontraktor Sabah Electricity untuk bekerjasama dengan pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) bagi tindakan segera,” jelasnya.

Sehubungan itu, George berharap usaha tersebut akan memberikan kelegaan kepada penduduk Jalan Cecily.

Katanya, sebagai wakil rakyat, beliau bertekad untuk terus berusaha menangani isu-isu yang menjejaskan kesejahteraan masyarakat.

Related Posts

Kampung Angkat MADANI RM1 juta Kampung Haji Wahed siap sepenuhnya

Miri – Keselesaan penduduk Kampung Haji Wahed kini terjamin apabila projek pembangunan di bawah Program Kampung Angkat MADANI yang melibatkan peruntukan keseluruhan RM1 juta di kawasan tersebut siap sepenuhnya. Timbalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sambutan Gawai ke-20 meriah, semangat perpaduan terus diperkukuh

MIRI – Semangat perpaduan dan kelestarian budaya terus menjadi keutamaan dalam memacu Sarawak ke arah negeri maju apabila Sambutan Gawai Miri Ke-20 Tahun 2026 berlangsung meriah di Meritz Hotel pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kalau rasa nak ubah PM, tunggu pilihan raya – Mohamad Sabu

Kalau rasa nak ubah PM, tunggu pilihan raya – Mohamad Sabu

United tewaskan Forest, Carrick hampir pasti kekal sebagai pengurus pasukan

United tewaskan Forest, Carrick hampir pasti kekal sebagai pengurus pasukan

Kampung Angkat MADANI RM1 juta Kampung Haji Wahed siap sepenuhnya

Kampung Angkat MADANI RM1 juta Kampung Haji Wahed siap sepenuhnya

Sambutan Gawai ke-20 meriah, semangat perpaduan terus diperkukuh

Sambutan Gawai ke-20 meriah, semangat perpaduan terus diperkukuh

Anwar mahu rundingan PH-BN elak pertembungan di Johor

Anwar mahu rundingan PH-BN elak pertembungan di Johor

JS-SEZ bukti keberkesanan dasar ekonomi MADANI

JS-SEZ bukti keberkesanan dasar ekonomi MADANI