Maqis Kedah rampas buah longan RM3,000 tanpa perakuan sah

PADANG TERAP – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kedah berjaya menggagalkan cubaan membawa masuk 700 kilogram (kg) buah longan di pintu masuk Kota Putra Durian Burung pada Isnin lepas.

Pengarah Maqis Kedah, Hisham Abu Bakar berkata, hasil pemeriksaan rapi pasukan penguat kuasa mendapati buah longan dianggarkan bernilai lebih RM3,000 itu dibawa masuk tanpa perakuan 3P diwajibkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Beliau berkata, tindakan terbabit merupakan pelanggaran serius di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

“Susulan itu, semua barang rampasan kini ditahan untuk siasatan dan tindakan lanjut.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta 728,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Hisham menegaskan, tindakan tegas akan terus diambil untuk memastikan barangan pertanian diimport ke negara ini bebas daripada ancaman perosak dan penyakit berbahaya.

“Kerjasama antara agensi penguatkuasa adalah kunci bagi memastikan kepatuhan kepada syarat dan peraturan ditetapkan untuk melindungi keselamatan serta kesihatan sektor pertanian negara.

“Penguatkuasaan berterusan ini adalah sebahagian daripada usaha Maqis dalam mengekang kemasukan barangan pertanian secara haram yang boleh mengancam ekosistem dan kesejahteraan masyarakat,” tegasnya.

Related Posts

70 lot kedai ‘bundle’ musnah dijilat api

TAWAU – Sebanyak 70 lot kedai menjual pakaian terpakai ‘bundle’ musnah dalam kebakaran yang berlaku di Kampung Titingan, pagi tadi. Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anggota Marin cedera jari, perut terkena tembakan semasa bertugas

LAHAD DATU – Seorang anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu cedera selepas terkena tembakan ketika bertugas di Pos Pengawal Marin, pada Selasa. Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

70 lot kedai ‘bundle’ musnah dijilat api

  • By Fatin
  • August 27, 2026
70 lot kedai ‘bundle’ musnah dijilat api

Anggota Marin cedera jari, perut terkena tembakan semasa bertugas

  • By Fatin
  • August 27, 2026
Anggota Marin cedera jari, perut terkena tembakan semasa bertugas

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal

Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

Pengeluar komponen automotif perlu teroka teknologi robot humanoid

Pengeluar komponen automotif perlu teroka teknologi robot humanoid