KELAB bola sepak Liga Perdana Inggeris, Manchester United mendapat perhatian netizen apabila menitipkan doa kepada rakyat Malaysia, terutama kepada penduduk terjejas banjir ketika ini.
Hantaran itu dibuat menerusi laman sosial Facebook rasmi kelab berkenaan semalam, menggunakan bahasa Melayu.
“Kepada rakyat Malaysia, jaga diri pada musim hujan ini.
“Kami sentiasa di belakang anda rakyat Malaysia!
“Kepada mangsa banjir yang terjejas, semoga dapat mengatasi cabaran ini dengan baik dan selamat,” kata hantaran itu.
Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat setakat malam tadi menunjukkan situasi banjir di negara ini semakin buruk dengan jumlah penduduk terjejas banjir melepasi 120,000 berada di lebih 600 pusat pemindahan sementara.




