Kejohanan Olahraga Remaja SEA: Anak jati Pitas hadiahkan pingat gangsa untuk Malaysia

KOTA KINABALU – Atlet 3,000 meter perempuan bawah 18 tahun, Efyna Ares Lizod asal dari Kampung Simpang Kanibongan, Pitas berjaya menghadiahkan pingat gangsa pada hari pertama Kejohanan Olahraga Remaja Asia Tenggara ke-16 di Stadium Likas di sini, pada Khamis.

Efyna, 17, meluahkan rasa sangat gembira kerana berjaya mendapat pingat memandangkan ini penampilan pertama beliau mewakili Malaysia dalam acara sukan 3,000 meter.

“Ini pertama kali saya mewakili Malaysia dan berjaya mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

“Penguat semangat saya dalam sukan, adalah jurulatih saya sendiri dan juga ibu bapa saya yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada saya,” katanya ketika dihubungi wartawan TMP di sini pada Jumaat.

Jelasnya, walaupun tinggal jauh dari bandar namun ia tidak menjadi penghalang untuk terus menceburkan diri dalam bidang sukan.

“Saya sudah mula menceburi dalam bidang sukan sejak umur 9 tahun lagi iaitu dalam acara merentas desa.

“Walaupun saya tinggal jauh dari bandar tetapi saya gigih berlatih untuk memenangi setiap pertandingan yang saya sertai dan akhirnya saya berjaya memasuki Sekolah Sukan Malaysia Sabah (SSMS) pada usia 13 tahun.

Sebelum ini, Efyna juga pernah menghadiahkan pingat perak untuk Sabah dalam acara merentas desa di peringkat kebangsaan.

Kongsinya, dia akan terus berusaha untuk meningkatkan rekod peribadinya agar dapat mewakili dan sekali gus mengharumkan nama negara di kejohananan lain.

Related Posts

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

KUCHING – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Sarawak menyambut baik keputusan membatalkan arahan kawalan jualan diesel ke atas kenderaan pengangkutan darat di negeri ini.   Pengerusinya yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

MIRI – Potensi Miri sebagai destinasi edupelancongan bakal diperkukuh menerusi kerjasama strategik bersama Malaysian Inbound Tourism Association (MITA) membabitkan pembangunan pakej pendidikan antara Miri, Bintulu dan Brunei. Timbalan Menteri Pelancongan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan