Video pondan mempromosi bola sepak Kedah sungguh memalukan

ALOR SETAR – Kedah Darul Aman (KDA) FC kini kian terdesak dan perlu memberikan penjelasan berhubung video promosi yang memaparkan pempemgaruh seorang pondan dalam kempen menarik penyokong hadir ke Stadium Darul Aman yang tular pada Jumaat lalu.

Ketua Pemuda AMANAH Kuala Kedah, Fadli Hussin menyifatkan video tersebut telah memalukan bola sepak di negeri ini.

Menurutnya, tindakan tersebut sungguh melucukan tidak kena dengan gaya dan pada waktu yang sama dianggap satu penghinaan terhadap wanita di Kedah.

“Kandungan video ini sangat tidak bersesuian dengan penggunaan bahasa, gaya penyampaian atau bahan promosi yang kurang sopan, sensitif dan bertentangan dengan nilai budaya di Kedah serta penerimaan peminat bola sepak tempatan.

“Bola sepak adalah sukan sihat yang bermanfaat, jangan tunjukkan keburukan yang boleh menjadi ikutan masyarakat terutamanya kanak – kanak,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Jelasnya, kekhuatiran di pihak mereka tentang reputasi dan imej profesional pasukan sangat mempengaruhi keyakinan penaja dan pelabur.

“Kita sebagai peminat setia bola sepak negeri Kedah mohon penjelasan daripada KDA FC tentang isu ini yang menjejaskan nama baik pasukan dan pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung,” ujarnya.

Pada Jumaat, KDA FC memuat naik video berkenaan namun dipadam selepas hanya beberapa minit setelah pengguna media sosial mempersoalkan pendirian pengurusan kelab menggunakan pempemgaruh lelaki berperwatakan perempuan.

Video berdurasi lebih dua minit itu memaparkan seorang lelaki berwatak lembut yang menyerupai seorang wanita membincangkan program anjuran KDA FC tersebut bersama tiga lelaki dipercayai staf pasukan.

Walaupun sudah dipadam di facebook rasmi KDA FC, namun video berkenaan sempat dimuat turun sebahagian penyokong dan kini mula menjadi pertikaian dan persoalan di kalangan mereka terhadap pendirian KDA FC yang merupakan gergasi bola sepak tanah air sebelum ini.

“Aduh, saya tidak tahu apa nak jadi dengan bola sepak Kedah hari ini pelbagai musibah menimpa pasukan hijau kuning yang dahulunya sangat di geruni di Malaysia ini,” katanya.

Related Posts

Atlet Para Sabah bawa semangat ‘Go For Gold’ di Para SUKMA 2026 Selangor

KOTA KINABALU – Semangat untuk membawa pulang pingat emas menjadi harapan utama kontinjen para Sabah pada temasya Para SUKMA kali ini, dengan atlet dan jurulatih bertekad memberikan aksi terbaik dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Arsenal menang tipis 0-1 atasi Villa hasil gol Saka

JUARA bertahan, Arsenal mencatat kemenangan kedua apabila gol babak kedua Bukayo Saka membantu mereka menewaskan Aston Villa 1-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi. Saka menjaringkan gol pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014