Pahang rekod kutipan hasil lebih RM1 bilion kali ketiga berturut-turut

KUANTAN – Kerajaan Pahang hari ini secara rasmi merekodkan kutipan hasil RM1.144 bilion, melebihi sasaran kutipan hasil ditetapkan iaitu RM1.137 bilion.

Perkara itu dikongsi Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail melalui hantaran di Facebook miliknya.

“Sudah pastinya berita gembira ini adalah hasil kerjasama semua penjawat awam di Pahang yang berusaha untuk merealisasikan sasaran ini.

“Syabas, tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada semua,” katanya.

Terdahulu pagi tadi, Wan Rosdy hadir pada Majlis Perasmian Penutupan Karnival Tanah Pahang di Dewan Titiwangsa, UiTM Kampus Raub.

Pada majlis itu, beliau mengucapkan tahniah kepada Pengarah Tanah dan Galian, Datuk Hamdan Hussin dan pasukan atas kejayaan penganjuran karnival itu buat tahun kedua.

*Menerusi karnival ini, ia secara langsung dapat mendidik rakyat untuk melaksanakan tanggungjawab membayar cukai tanah sebelum 31 Mei setiap tahun.

“Saya percaya apa yang Kerajaan Negeri laksanakan ini akan menerima manfaat kepada Negeri dan juga rakyat terutamanya dalam soal kebajikan yang sentiasa diberi keutamaan,” katanya.

Related Posts

Kerajaan Pahang tidak lantik ejen urus permohonan geran usahawan

BENTONG – Kerajaan Pahang menegaskan bahawa tiada perkhidmatan ejen atau orang tengah dilantik bagi menguruskan permohonan geran usahawan yang disediakan kerajaan negeri. Exco Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan negeri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

PADANG BESAR – Sekali pandang seperti tayar ganti biasa, namun di sebaliknya tersembunyi tangki minyak yang diubah suai dipercayai digunakan untuk menyeludup bahan api bersubsidi ke negara jiran. Helah itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan Pahang tidak lantik ejen urus permohonan geran usahawan

Kerajaan Pahang tidak lantik ejen urus permohonan geran usahawan

PSG angkat Piala Super, tewaskan Villa

PSG angkat Piala Super, tewaskan Villa

Pelaburan TH: Mengapa risiko berkaitan Jho Low tidak dihalang?

Pelaburan TH: Mengapa risiko berkaitan Jho Low tidak dihalang?

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti