Pelan AI Negara tarik minat pelabur pilih Malaysia

TIDAK dapat dinafikan, keupayaan sesebuah negara melaksanakan transformasi digital dan mengadaptasi teknologi kecerdasan buatan (AI) menjadi antara kayu ukur dalam menarik pelaburan asing.

Perkara itu sudah dan sedang dilaksanakan Kerajaan Madani secara konsisten sejak dua tahun kebelakangan ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mei lalu secara jelas menyatakan beliau mahu Malaysia bergerak pantas membina ekosistem AI terutamanya untuk melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang itu.

Ia adalah bagi memenuhi kehendak syarikat gergasi teknologi yang sudah menyatakan minat melabur di negara ini.

Bagi menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam membangunkan ekosistem AI, pelbagai inisiatif diperkenalkan seperti ‘AI Untuk Rakyat’ yang bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai teknologi itu dan AI Sandbox 2024 yang menyasarkan penubuhan 900 syarikat pemula AI dan 13,000 bakat baharu menjelang 2026.

Seterusnya, tiga lagi inisiatif iaitu Hala Tuju Bakat AI Malaysia 2024-2030, Fakulti AI (FAI) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Konsortium AI Malaysia (MAIC) juga dilancarkan, membuktikan keseriusan Kerajaan Perpaduan untuk menyediakan warga Malaysia bersaing dalam bidang AI.

Semua inisiatif dan usaha ini diakui sendiri oleh Naib Presiden (Hubungan Kerajaan dan Polisi Awam) Google, Karan Bhatia dalam satu sesi bersama Perdana Menteri, baru-baru ini.

“Semua inisiatif ini adalah hasil buah fikiran Anwar, membina infrastruktur dan pelbagai lagi persediaan untuk menyiapkan Malaysia menerima teknologi AI.

“Disebabkan semua faktor ini juga yang menarik minat kami melabur USD2 bilion untuk membina pusat data di Malaysia,” katanya.

Seorang lagi pegawai kanan dari Microsoft turut mengakui tahap kesediaan Malaysia dalam mengadaptasikan AI dalam sistem pentadbiran negara, sangat menakjubkan.

Naib Presiden (Data dan AI) Microsoft, Zia Mansoor turut memuji ‘Roadmap AI’ yang dibentangkan Malaysia.

“Apabila kita melihat kepada perancangan meningkatkan kemudahan infrastruktur, kemahiran dan Pusat Kecemerlangan AI dalam sektor kerajaan itu sendiri, saya yakin Perdana Menteri Malaysia memang serius dalam hal ini,” katanya.

Jadi, secara umumnya kita boleh rumuskan bahawa setiap perancangan dan persediaan dibuat kerajaan ketika ini dalam bidang AI menjadi daya penarik utama untuk membina keyakinan pelabur berteknologi tinggi memilih Malaysia sebagai lokasi pelaburan yang sangat strategik.

Related Posts

Undang-undang baharu fokus tadbir urus universiti, hak mahasiswa terpelihara

PUTRAJAYA -Undang-undang baharu yang bakal diwujudkan bagi menggantikan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 tidak akan menyekat hak pelajar serta mahasiswa. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kabinet tak bincang undang-undang khusus peruntukan sama rata Ahli Parlimen

PUTRAJAYA – Tiada perbincangan berhubung gesaan supaya diwujudkan undang-undang khusus bagi memastikan peruntukan sama rata kepada semua Ahli Parlimen dibangkitkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri, pada Rabu. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang-undang baharu fokus tadbir urus universiti, hak mahasiswa terpelihara

Undang-undang baharu fokus tadbir urus universiti, hak mahasiswa terpelihara

Putra cadang Akta Sabotaj Ekonomi Negara tangani salah guna kuasa

Putra cadang Akta Sabotaj Ekonomi Negara tangani salah guna kuasa

Kabinet tak bincang undang-undang khusus peruntukan sama rata Ahli Parlimen

Kabinet tak bincang undang-undang khusus peruntukan sama rata Ahli Parlimen

Kajian gabungan elemen GST-SST belum ditetapkan tempoh – Fahmi

Kajian gabungan elemen GST-SST belum ditetapkan tempoh – Fahmi

RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik mulai 20 Ogos

RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik mulai 20 Ogos

1,200 jerami gulung terbakar dalam gudang MADA

1,200 jerami gulung terbakar dalam gudang MADA