PMX tiba di Shanghai sempena lawatan kerja empat hari ke China

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Shanghai, perhentian pertama sebelum Beijing, dalam rangka lawatan kerja beliau ke China selama empat hari hingga Khamis ini.

Lawatan itu adalah atas jemputan Perdana Menteri, Li Qiang untuk Anwar menghadiri Ekspo Import Antarabangsa China ke-7 (CIIE ke-7) di Shanghai, yang juga hab kewangan global.

Pesawat khas membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Hongqiao pada jam 9.50 malam waktu tempatan.

Ketibaan beliau disambut Duta Besar Malaysia di Beijing, Datuk Norman Muhamad dan Konsul Jeneral Malaysia di Shanghai, Syed Farizal Aminy Syed Mohamad.

Turut menyambut ketibaan Anwar Timbalan Datuk Bandar Shanghai dan Setiausaha Parti Daerah Minhang, Chen Yu Jian serta Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing.

Kementerian Luar dalam kenyataan semalam memaklumkan bahawa pada tahun ini, Malaysia diberikan penghormatan sebagai Country of Honour pada CIIE ke-7.

Anwar diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz serta Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong.

Di Shanghai, Perdana Menteri dijadual bertemu Li bagi membincangkan isu hubungan dua hala sebagai susulan kepada pertemuan mereka di Putrajaya pada 19 Jun 2024.

CIIE adalah inisiatif Kerajaan China yang menyediakan platform untuk negara-negara yang terbabit dengan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) bagi mempromosi serta mengimport produk dan perkhidmatan ke republik itu.

Selama 15 tahun berturut-turut sejak 2009, China adalah rakan perdagangan terbesar Malaysia di peringkat dunia.

Pada 2023, nilai dagangan dengan China ialah RM450.84 bilion (US$98.80 bilion) yang menyumbang sebanyak 17.1 peratus daripada perdagangan dunia Malaysia.

Ini adalah kunjungan ketiga Anwar ke China sebagai Perdana Menteri selepas yang pertama pada Mac 2023 disusuli lawatan kedua pada September tahun sama.

Bagaimanapun, ini adalah lawatan pertama beliau ke Shanghai.

Related Posts

Bekas Ketua Hakim Negara meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Eusoff Chin meninggal dunia awal pagi tadi pada usia 90 tahun. Berita pemergian Allahyarham yang juga anak jati Batu Gajah, Perak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

KUALA LUMPUR – Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2026 bakal menjadi pemangkin baharu dalam memperluas produk tempatan menerusi gerakan Jom Beli Produk Malaysia (Jom Malaysia) ke pentas dunia. Menteri Perdagangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor