Rafizi guna AI ucap Deepavali dalam bahasa Tamil

PUTRAJAYA – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli tampil berbeza apabila beralih kepada kecerdasan buatan (AI) untuk menyampaikan ucapan sempena sambutan Deepavali.

Menerusi sebuah video dimuat naik di laman Facebook, Timbalan Presiden PKR itu menggunakan teknologi suara AI untuk bertutur dalam bahasa Tamil.

“Untuk ucapan Deepavali tahun ini, saya akan menyampaikannya dalam bahasa Tamil sepenuhnya menggunakan teknologi AI untuk meniru suara saya.

“Jika eksperimen ini berjaya, saya akan cuba menggunakan ‘lip sync’ pula untuk memastikan suara itu selari dengan ucapan saya,” katanya.

Video tersebut meraih perhatian warganet yang turut menyamakan suara AI itu sama dengan suara Rafizi.

Malah ada yang memuji kesungguhan beliau untuk mencuba perkara baharu terutama dalam penggunaan AI.

Rafizi juga meminta orang ramai untuk menilai percubaannya dengan meninggalkan komen di ruangan disediakan platform itu.

“Nilai dan komen jika suara itu kedengaran sama seperti suara saya,” ujarnya.

Related Posts

Bekas Ketua Hakim Negara meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Eusoff Chin meninggal dunia awal pagi tadi pada usia 90 tahun. Berita pemergian Allahyarham yang juga anak jati Batu Gajah, Perak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

KUALA LUMPUR – Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2026 bakal menjadi pemangkin baharu dalam memperluas produk tempatan menerusi gerakan Jom Beli Produk Malaysia (Jom Malaysia) ke pentas dunia. Menteri Perdagangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor