Pelaburan domestik sumbang pertumbuhan ekonomi negara

PUTRAJAYA – Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang kukuh bukan semata-mata didorong oleh pelaburan langsung asing (FDI) tetapi turut disumbang pelaburan domestik, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri dalam ucapannya pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-78 Dewan Perniagaan dan Industri China Bersekutu (ACCCIM) di Petaling Jaya, hari ini berkata, beliau mengaitkan momentum positif pelaburan domestik itu disebabkan minat, keyakinan dan komitmen semakin meningkat ditunjukkan pemain industri tempatan.

“Pelaburan domestik meningkat secara luar biasa, oleh itu saya berterima kasih kepada anda (sektor swasta).

“Susulan itu, jika terdapat momentum pelaburan domestik yang mengagumkan maka saya tidak sepatutnya mengenakan cukai kepada anda (sektor swasta) terlalu tinggi,” katanya secara berseloroh.

Anwar berkata, sektor swasta termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan perusahaan kecil, mikro dan sederhana (PKMS) akan diberi tumpuan khusus dalam Belanjawan 2025.

Beliau yang juga Menteri Kewangan dijadual membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat pada Jumaat ini.

Related Posts

R&D Malaysia disasar beralih daripada ‘Made in Malaysia’ kepada ‘Made by Malaysia’

KUALA LUMPUR –Malaysia dalam proses beralih daripada pendekatan ‘Made in Malaysia’ kepada ‘Made by Malaysia’dalam usaha memperkukuh penyelidikan dan pembangunan (R&D). Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Purata gaji rakyat Malaysia naik 4.1 peratus kepada RM3,803 pada 2025 – DOSM

PUTRAJAYA – Pasaran buruh Malaysia terus mencatat perkembangan positif dengan jumlah penerima gaji dan upah bulanan meningkat kepada 12.01 juta orang pada 2025 berbanding 11.96 juta orang pada 2024. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar