JHEAIK panggil Sheikh Muhd Zainul Asri beri pencerahan

ALOR SETAR – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah Darul Aman (JHEAIK) telah memanggil pendakwah, Sheikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli bagi mendapatkan penjelasan berkaitan video tular di media sosial baru-baru ini.

Menurut Pengarah JHEAIK, Datuk Dr Abd Ghani Zainuddin berkata, pendakwah itu dipanggil apabila videonya tular di media sosial bersama sekumpulan pelajar dalam majlis yang mengalunkan bait tertentu dalam bahasa Arab yang memuji guru mereka secara keterlaluan.

Katanya, pendakwah berkenaan telah mengakui video tersebut dirakam pada 2020 lalu dan hanya tular baru-baru ini sahaja.

“Pendakwah itu mengaku perkara berkenaan berlaku secara spontan dan bukan atas kehendak beliau sendiri. Pendakwah itu tidak bersetuju dengan majlis seperti itu dan sekadar meraikan hasrat pelajar beliau bagi tujuan meraikan sambutan hari lahirnya.

“Pihak JHEAIK telah memberi teguran dan nasihat supaya lebih berhati-hati dalam membesarkan mana-mana individu secara keterlaluan kerana dikhuatiri boleh menimbulkan persepsi negatif di kalangan masyarakat dan ketaasuban melampau.

“Sekiranya masalah ini tidak dibendung, ia boleh mengakibatkan masyarakat terjerumus kepada amalan yang bercanggah dengan akidah. JHEAIK juga turut mengarahkan beliau supaya menyampaikan teguran dan nasihat ini kepada pelajar dan pengikutnya,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut Abd Ghani, pendakwah itu akur dan mengakui kesilapan yang telah beliau lakukan dan bersedia menerima teguran serta tindakan susulan yang akan diambil seterusnya oleh JHEAIK.

JHEAIK berharap semua pihak di negeri ini berhati-hati dalam memberi penghormatan kepada mana-mana individu yang boleh membawa kepada pemujaan melampau supaya perkara seumpama ini tidak berulang.

Related Posts

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

LUMUT – Sebuah Vesel Nelayan Tempatan (VNT) Kelas A bersama 10 individu ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak selepas disyaki menyalahgunakan syarat lesen vesel untuk menjalankan aktiviti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

GERIK – Seorang bayi perempuan antara empat yang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah lori dan dua kereta di Lebuhraya Timur Barat dari arah Kelantan menghala ke Gerik, di sini, tengah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017

Jenazah Irene Sofiya selamat dikebumikan, lebih 100 hadir beri penghormatan terakhir

Jenazah Irene Sofiya selamat dikebumikan, lebih 100 hadir beri penghormatan terakhir

PRN Melaka: JKOM perhebat usaha bendung berita palsu

PRN Melaka: JKOM perhebat usaha bendung berita palsu