Kerajaan kenal pasti kelemahan dalam pentadbiran

PUTRAJAYA – Kerajaan akan mengenal pasti kelemahan dalam pentadbiran negara untuk memastikan penjawat awam dapat menjalankan tugas dengan lebih cekap.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sentiasa memantau kelemahan pentadbiran dan mendapati perkhidmatan awam di negara ini masih tidak memuaskan.

“Ketua Setiausaha Negara baru dilantik dapat memberikan tekanan yang sangat kuat… saya sendiri memantau,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Gabungan Dewan Perniagaan Dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) Ke-78 di Petaling Jaya, hari ini.

Perdana Menteri berkata, pemantauan dilakukan antaranya di hospital, sekolah dan berkaitan permohonan pendaftaran serta lesen dari pihak berkuasa tempatan.

“Semua ini, bila kita dengar belum memuaskan walaupun ada perubahan, masih ada kebocoran… sebab itu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) saban hari tangkap kerana rasuah itu ada.

“Bila rasuah, itu (menyebabkan) kos perniagaan meningkat,” katanya.

Sementara itu, Anwar turut menegaskan proses kelulusan bagi projek perumahan juga perlu disegerakan tanpa sebarang penangguhan hanya disebabkan bayaran tertentu.

Beliau berkata, ini adalah cabaran dan tanggungjawabnya bersama rakan dalam Jemaah Menteri untuk memastikan perubahan dalam pentadbiran kerajaan Malaysia.

“… keadaan sekarang bukan hendak sebut saya ketuai kerajaan tetapi pergi mana-mana orang melihat (kepada) kerajaan Malaysia sekarang (sudah) ada perubahan,” katanya.

Related Posts

Dr Dzulkefly gesa penganjur RXZ Members utamakan pesanan pemanduan berhemah

SHAH ALAM – Siri kemalangan maut membabitkan program RXZ Members dari edisi pertama hingga ke penganjuran kelapan baru-baru ini amat merisaukan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. Susulan itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPJ akan tingkatkan lagi MyJPJ dengan pelbagai ciri baharu

ALOR SETAR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan terus memperkasakan aplikasi MyJPJ menerusi penambahbaikan berterusan serta pengenalan pelbagai ciri baharu menggunakan teknologi terkini. Ketua Pengarahnya, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang