Nyawa 3 pelajar ‘melayang’ dirempuh pemandu wanita tidak siuman

PEMANDU wanita yang merempuh empat pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Dungun sehingga menyebabkan tiga daripadanya maut dan seorang cedera parah dipercayai tidak siuman.

Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Wan Rukman Wan Hassan berkata, pihak polis menerima laporan pada pukul 7.35 malam semalam berhubung kemalangan maut di hadapan kampus UiTM di Kampung Sura Hujung, Dungun.

Jelasnya, kemalangan tersebut melibatkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CRV dan dua buah motosikal Yamaha jenis Yamaha Y15ZR dan Yamaha 135 LC.

Mangsa yang maut ialah pelajar tahun 2 UiTM Dungun (Sarjana Muda Sains Pengurusan Perkhidmatan Makanan), Muhammad Akmal Md Tukirin, 25, yang beralamat di Ayer Hitam, Muar Johor.

Dua lagi mangsa masing-masing pelajar tahun 2 jurusan Sarjana Muda Sains Perakaunan iaitu Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20 berasal dari Sungai Buloh, Selangor dan Khairil Anwar Jamaludin, 20 dari Ampang, Selangor.

“Kesemua mangsa mengalami kecederaan parah iaitu patah tulang leher, cedera di kepala dan dada sert disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.

Wan Rukman berkata, siasatan awal mendapati kesemua mangsa dari arah yang sama iaitu dari Kuala Dungun menghala ke Pantai Teluk Gadung.

“Apabila sampai di tempat kejadian, tiba-tiba SUV tersebut telah merempuh bahagian belakang dua motosikal yang berada di laluan sama.

“Kesemua mangsa mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.

“Seorang mangsa yang parah iaitu pelajar tahun 2 Sarjana Muda Sains Perakaunan, Muhammad Ammar Danish Mohammad Ridhuan dari Taman Seri Keramat, Kuala Lumpur dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Dungun untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Rukiman berkata, suspek wanita berusia 49 tahun itu telah ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Related Posts

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

ALOR SETAR – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah menyelesaikan sepenuhnya pembekalan 8,275 tan metrik baja urea bagi kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), lebih awal daripada tempoh ditetapkan. NAFAS memaklumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

BALING – Taktik sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi yang memilih lokasi terpencil di sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Ketil, di sini gagal apabila kegiatan itu terbongkar pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar