JPBNS sedia hadapi siap siaga musim monsun timur laut

KUCHING – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) sudah bersedia dalam menghadapi musim monsun timur laut.

Difahamkan 9,817 petugas daripada tiga agensi iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dikerahkan hadapi siap siaga.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata ramalan Jabatan Meteorologi menyaksikan hujan lebat di Sarawak bermula Disember 2024 hingga Februari 2025.

“Selaku Pengerusi JPBNS, saya mengarahkan agensi yang terlibat dalam Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) supaya bersiap sedia termasuk dari segi aset dan logistik,” ujar beliau dalam kenyataan rasmi.

Tambah beliau, Residen Bahagian dan Pegawai Daerah turut diarahkan supaya bilik gerakan banjir dapat diaktifkan pada bila-bila masa yang diperlukan.

“Ini memastikan segala tindakan dapat dilakukan dengan cekap dan efisien dalam menghadapi situasi banjir,” kata beliau lagi.

Douglas berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) perlu juga bersiap sedia dalam memastikan bekalan bantuan bencana mencukupi.

“Sebanyak 660 Pusat Perpindahan Sementara mampu menampung lebih 160,000 mangsa bencana sudah sedia digunakan,” tambah beliau.

Selain itu, jelas beliau, 332 Projek Pemuliharaan Sungai turut dilaksanakan di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sarawak untuk memastikan sistem saluran air berjalan dengan lancar.

“Saya juga menasihatkan orang ramai agar membuat persediaan awal sekiranya diarahkan untuk berpindah ke tempat lebih selamat,” kata beliau lagi.

Beliau juga turut mengingatkan agar menyimpan semua dokumen penting dengan selamat supaya tidak musnah dan hilang akibat bencana.

Related Posts

Kutipan hasil Pahang meningkat, catat lebih RM700 juta hingga Jun

KUANTAN – Kutipan hasil negeri Pahang mencecah lebih RM700 juta dalam tempoh kurang enam bulan tahun ini. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, perkembangan itu sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki 40 tahun ditahan positif dadah di Kabong

SARATOK – Seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun ditahan selepas didapati positif dadah dalam Op Tapis di Ladang Sawit PORIM, Kabong di sini, pada Khamis. Ketua Polis Daerah Saratok, Deputi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JPM: Azam Baki kekal sah dalam Lembaga Penasihat NFCC hingga 2027

JPM: Azam Baki kekal sah dalam Lembaga Penasihat NFCC hingga 2027

Kutipan hasil Pahang meningkat, catat lebih RM700 juta hingga Jun

Kutipan hasil Pahang meningkat, catat lebih RM700 juta hingga Jun

Lelaki 40 tahun ditahan positif dadah di Kabong

Lelaki 40 tahun ditahan positif dadah di Kabong

Golongan wanita digalakkan main peranan besar bentuk masa depan sukan negara

Golongan wanita digalakkan main peranan besar bentuk masa depan sukan negara

WBS perkasa wanita melalui bengkel kemahiran, fokus jana pendapatan dan pembangunan komuniti

WBS perkasa wanita melalui bengkel kemahiran, fokus jana pendapatan dan pembangunan komuniti

Portugal mara ke pusingan 16, kalahkan Croatia 2-1

Portugal mara ke pusingan 16, kalahkan Croatia 2-1