Polis mohon bantuan kesan pemuda hilang

KOTA KINABALU – Polis DiRaja Malaysia (PDRM) memohon bantuan orang ramai mengesan seorang pemuda, Mohd Noor Hafizan Azlan, 25, yang dilaporkan hilang sejak Rabu.

Menerusi hebahan hantaran di Facebook Balai Polis Tanjung Aru berkata, pihak polis menerima laporan kehilangan mangsa pada pukul 1.42 petang kelmarin.

”Lokasi terakhir mangsa di Perumahan Millenium Court Kepayan, Kota Kinabalu sebelum dilaporkan hilang.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai sebarang maklumat terutama berkenaan lokasi mangsa boleh terus menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Mohd Sukur dari Balai Polis Tanjung Aru di talian 019 5637151 atau mana-mana balai polis berhampiran.

“Kerjasama masyarakat dalam membantu penyiasatan pihak PDRM amat diperlukan,” menurut kenyataan itu.

Related Posts

Dua lelaki bermotosikal rempuh anggota polis di sekatan jalan raya Jalan Padungan

KUCHING – Polis menyiasat kejadian dua lelaki bermotosikal yang melanggar seorang anggota polis ketika sekatan jalan raya (SJR) dijalankan di Jalan Padungan. Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemetaan budaya ‘Voices of Old Kuching’ rakam warisan, memori komuniti

KUCHING – Warisan Old Kuching bukan hanya tertumpu pada bangunan dan tapak bersejarah, malah turut merangkumi kelestarian cerita, memori, budaya serta pengalaman masyarakat yang diwarisi merentas generasi. Pendekatan komprehensif itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Terima kabel curian, pusat barang lusuh boleh didakwa – Menteri KPKT

Terima kabel curian, pusat barang lusuh boleh didakwa – Menteri KPKT

Reformasi Tabung Haji buahkan hasil, pelaburan cecah RM4.64 bilion

Reformasi Tabung Haji buahkan hasil, pelaburan cecah RM4.64 bilion

Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya kosong

Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya kosong

Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak

Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak

Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM

Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM