76 peratus nombor WhatsApp penduduk Gaza disekat sejak Oktober tahun lalu

RAMALLAH – Setahun berlalu, namun penindasan terhadap rakyat Palestin terus berlarutan, sehingga kini angka korban terus meningkat kepada 41,870 orang malah tidak cukup dengan itu, rakyat di sana terus terasing daripada dunia luar akibat sekatan digital.

Menurut laporan ‘Setahun Pemadaman Digital Palestin’ daripada agensi Perjuangan Hak Digital Palestin, Pusat Sosial Sada, bermula 7 Oktober 2023 penjajah Israel telah melakukan pelbagai pelanggaran hak kebebasan digital termasuk penindasan kandungan Palestin, pengenaan penapisan di media sosial dan penyasaran wartawan Palestin, lapor Wafa.

Berdasarkan laporan itu, sebanyak 23,000 pelanggaran digital berkaitan kandungan mengenai Palestin di platform media sosial telah dikesan, yang mana melibatkan 56 peratus daripada platform Meta, 25 peratus daripada TikTok sebanyak 25 peratus, 15 peratus daripada X (Twitter) dan SoundCloud membentuk 3.7 peratus.

Dalam tempoh ini, lebih 700 nombor WhatsApp Palestin mewakili 76 peratus penduduk Gaza telah diharamkan, yang mana ia membawa kepada pengasingan digital secara hampir lengkap di Semenanjung Gaza dan menyukarkan mereka untuk berkomunikasi dengan dunia luar.

Mengenai pelanggaran terhadap wartawan, laporan itu menyatakan bahawa 29 peratus daripada jumlah pelanggaran digital menyasarkan wartawan dan institusi media yang mana ia boleh menimbulkan dua ancaman kepada keselamatan digital dan fizikal mereka.

Sada Social menerima lebih 1,200 aduan daripada wartawan mengenai percubaan menggodam akaun digital mereka, manakala 16 akaun palsu dicipta menggunakan nama wartawan untuk mencemarkan reputasi dan menyebarkan maklumat palsu tentang mereka.

Laporan itu juga mendokumentasikan lebih 80,000 siaran hasutan Israel di platform media sosial, termasuk seruan untuk pembunuhan beramai-ramai dan justifikasi untuk keganasan dan pembunuhan besar-besaran terhadap rakyat Palestin dengan 340 aduan berkaitan hasutan melalui mesej WhatsApp dan SMS.

Selain itu, pusat itu turut menjejaki penyebaran 250 maklumat palsu dan mengelirukan meliputi maklumat tidak benar, kandungan konteks dimanipulasi yang bertujuan untuk mewajarkan sasaran kekerasan terhadap orang awam Palestin.

Semasa tahun pembunuhan beramai-ramai, Sada Social mendokumentasikan sekitar 67 kejadian di mana Israel dan pasukan tenteranya menggunakan taktik ‘medan maut’ sebagai salah satu cara untuk mengelak tanggungjawab membunuh orang awam Palestin.

Sada Social menggesa institusi antarabangsa mengambil pendirian tegas terhadap dasar diskriminasi ini dan memastikan syarikat teknologi bertanggungjawab kerana menyumbang kepada penguatan naratif Israel dengan menyekat kandungan Palestin.

Related Posts

Tiga pegawai media Malaysia berdepan detik cemas penerbangan London-Istanbul

ISTANBUL (Turkiye) – Penerbangan dari London ke Istanbul bertukar menjadi pengalaman mencemaskan apabila seorang penumpang bertindak agresif sehingga terpaksa dikawal dan diikat selepas mengganggu penumpang lain, bergelut dengan seorang lelaki…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia bersama 127 negara desak kuasa veto PBB dimansuhkan

NEW YORK – Kuasa lima negara pemegang veto Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) digesa dimansuhkan, susulan kegagalan badan itu menangani beberapa krisis antarabangsa. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kejohanan Kuantan 7s Hockey Challenge 2026 rekod 180 penyertaan

Kejohanan Kuantan 7s Hockey Challenge 2026 rekod 180 penyertaan

Netizen sifatkan Mohd Shuhaily pilihan tepat perkukuh kawalan sempadan negara

Netizen sifatkan Mohd Shuhaily pilihan tepat perkukuh kawalan sempadan negara

Tegas pertahan integriti, KP AKPS lapor polis isu video tular

Tegas pertahan integriti, KP AKPS lapor polis isu video tular

Warga emas maut, motosikal bertembung pacuan empat roda

  • By Fatin
  • October 1, 2026
Warga emas maut, motosikal bertembung pacuan empat roda

DBKK nafi dakwaan palsu lantikan CEO Kinabalu Venture

DBKK nafi dakwaan palsu lantikan CEO Kinabalu Venture

SARA bulanan mula dikredit hari ini

SARA bulanan mula dikredit hari ini