Tegas pertahan integriti, KP AKPS lapor polis isu video tular

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), CP Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain membuat laporan polis susulan penularan video yang memaparkan beliau ketika menjalankan operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1.

AKPS dalam kenyataannya hari ini berkata, laporan polis itu dibuat berhubung tohmahan, rakaman dan penyebaran video berkenaan bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan secara menyeluruh.

Menurut agensi itu, siasatan turut meliputi keadaan bagaimana rakaman berkenaan diperoleh dan kemudiannya disebarkan di media sosial.

AKPS memaklumkan rakaman yang tular itu adalah rakaman sebenar yang dipetik daripada sistem kamera litar tertutup (CCTV) di KLIA Terminal 1.

Insiden berkenaan berlaku pada 28 September lalu ketika Mohd Shuhaily mengadakan tinjauan bagi menilai tahap kesiapsiagaan operasi AKPS sempena ketibaan delegasi dan kru Formula 1 Bahrain Grand Prix 2026.

Dalam tinjauan itu, Ketua Pengarah AKPS bersama pasukan operasi turut menjalankan aktiviti penguatkuasaan terhadap individu warga asing yang disyaki terbabit dalam kegiatan ‘ulat’ di kawasan KLIA.

Operasi itu dijalankan susulan aduan dan dakwaan orang ramai mengenai peningkatan aktiviti penyeludupan bahan terlarang serta kontraban di kawasan berkenaan.

AKPS berkata, operasi tersebut merupakan aktiviti penguatkuasaan pertama dilaksanakan bersama pasukan Aviation Security (AVSEC) KLIA dan akan dijalankan secara menyeluruh serta konsisten.

Susulan operasi itu, seorang warga asing dikenal pasti sebelum dibawa ke ruangan bagasi untuk pemeriksaan lanjut.

AKPS menjelaskan pemeriksaan dan sesi temu bual berkenaan hanya membabitkan pasukan operasi AKPS bersama AVSEC KLIA dan tidak melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau mana-mana agensi penguatkuasaan lain.

Menurut AKPS, video yang tular itu membabitkan dua individu lain yang bukan daripada pasukan operasi dan didakwa memasuki ruangan bagasi tanpa disedari pegawai.

Kedua-dua individu berkenaan didakwa merakam sesi temu bual antara Ketua Pengarah AKPS dengan warga asing terbabit menggunakan telefon bimbit tanpa kebenaran.

AKPS berkata, tindakan itu telah menimbulkan provokasi serta menjejaskan kelancaran operasi dan individu yang terlibat secara langsung.

Susulan kejadian tersebut, kedua-dua individu berkenaan membuat laporan polis sehari selepas kejadian dan laporan kedua dua hari kemudian, sebelum klip video terbabit tersebar di media sosial.

Dalam pada itu, AKPS berkata, penyebaran rakaman berkenaan dipercayai mempunyai unsur berniat jahat serta cubaan menjejaskan imej dan reputasi Ketua Pengarah AKPS serta agensi itu.

AKPS menegaskan pihaknya menghormati proses siasatan yang sedang dijalankan dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa.

Orang ramai turut diminta supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan sehingga siasatan selesai.

Terdahulu, Mohd Shuhaily menegaskan sedia menerima apa sahaja keputusan atau tindakan susulan insiden tersebut dalam sidang akhbar hari ini.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

LABUAN – Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan penyebaran berita palsu dan grafik dimanipulasi menggunakan gambar serta logo organisasi media susulan pembentangan Belanjawan 2027.‎‎Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun