Vientiane sedia jadi tuan rumah Sidang Kemuncak Asean Ke-44

PUTRAJAYA – Lebih 2,000 delegasi dan kira-kira 1,000 wakil media antarabangsa dijangka menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-44 dan ke-45 serta Sidang Kemuncak Berkaitan yang akan diadakan antara 8 hingga 11 Oktober di Laos.

Persiapan giat dilakukan ketika pihak berkuasa dari pelbagai sektor berusaha memastikan sambutan lancar bagi pemimpin dan delegasi dari 10 negara anggota Asean.

Lebih 20 mesyuarat akan berlangsung di bawah tema ‘Asean: Meningkatkan Kesalinghubungan dan Daya Tahan.’

Semua mesyuarat akan diadakan di Pusat Konvensyen Kebangsaan (NCC) dan akan dihadiri ketua negara serta kerajaan dari negara anggota Asean, negara rakan dialog, serta negara rakan luar termasuk wakil dari organisasi serantau dan antarabangsa.

Setiausaha Kedua (Komersial) dan Naib Konsul Kedutaan Kanada, Christophe A Rouleau, yang menyelaras untuk delegasi Kanada, menyatakan bahawa Laos menunjukkan tahap persediaan tinggi dalam menyambut delegasi dan media antarabangsa.

“Saya telah memeriksa pusat media dan NCC di sini. Saya berpuas hati dengan persiapan yang dibuat,” katanya ketika ditemui di pusat media hari ini.

Sementara itu, wartawan Agensi Berita Antara, Ardi Irawan, berkata pendaftaran media untuk sidang kemuncak berjalan lancar dan susunan di pusat media, termasuk bilik solat khusus dan pilihan makanan halal untuk peserta Muslim, diatur dengan baik.

“Kami berpuas hati dengan layanan dan aturan liputan media di Vientiane,” katanya.

Bagaimanapun, Ardi berkata jarak antara pusat media dan NCC menimbulkan cabaran harian bagi pasukannya dalam membuat liputan sidang kemuncak.

Terdahulu, dilaporkan Kementerian Keselamatan Awam Laos menganjurkan sesi latihan dari 10 hingga 15 September untuk pegawai polis trafik bagi memastikan keselamatan yang ketat semasa mesyuarat.

Selain itu, Kementerian Pendidikan dan Sukan Laos mengumumkan pada Khamis penutupan sementara 497 sekolah di Vientiane semasa tempoh Sidang Kemuncak Asean bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Related Posts

Tiga pegawai media Malaysia berdepan detik cemas penerbangan London-Istanbul

ISTANBUL (Turkiye) – Penerbangan dari London ke Istanbul bertukar menjadi pengalaman mencemaskan apabila seorang penumpang bertindak agresif sehingga terpaksa dikawal dan diikat selepas mengganggu penumpang lain, bergelut dengan seorang lelaki…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia bersama 127 negara desak kuasa veto PBB dimansuhkan

NEW YORK – Kuasa lima negara pemegang veto Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) digesa dimansuhkan, susulan kegagalan badan itu menangani beberapa krisis antarabangsa. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kejohanan Kuantan 7s Hockey Challenge 2026 rekod 180 penyertaan

Kejohanan Kuantan 7s Hockey Challenge 2026 rekod 180 penyertaan

Netizen sifatkan Mohd Shuhaily pilihan tepat perkukuh kawalan sempadan negara

Netizen sifatkan Mohd Shuhaily pilihan tepat perkukuh kawalan sempadan negara

Tegas pertahan integriti, KP AKPS lapor polis isu video tular

Tegas pertahan integriti, KP AKPS lapor polis isu video tular

Warga emas maut, motosikal bertembung pacuan empat roda

  • By Fatin
  • October 1, 2026
Warga emas maut, motosikal bertembung pacuan empat roda

DBKK nafi dakwaan palsu lantikan CEO Kinabalu Venture

DBKK nafi dakwaan palsu lantikan CEO Kinabalu Venture

SARA bulanan mula dikredit hari ini

SARA bulanan mula dikredit hari ini