Netizen sifatkan Mohd Shuhaily pilihan tepat perkukuh kawalan sempadan negara

PEMILIHAN Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain sebagai Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dilihat bertepatan dengan keperluan memperkukuh kawalan pintu masuk negara, khususnya dalam membanteras kegiatan counter setting, rasuah dan penyeludupan.

Ketegasan Mohd Shuhaily turun padang serta memantau sendiri operasi penguatkuasaan turut mendapat sokongan netizen susulan video kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang tular sejak semalam.

Menerusi tinjauan The Malaysia Press di media sosial Threads, @sarip.dol.58173000 dalam hantaran menyifatkan pendekatan itu menunjukkan kesungguhan Mohd Shuhaily dalam melaksanakan amanah menjaga keselamatan sempadan negara.

“Alhamdulillah, terbaik Datuk Shuhaily! Kuat akar tunjangnya, maka teguhlah pohonnya. Begitulah juga dalam perjuangan bila asasnya kukuh, prinsipnya teguh, Insya-Allah tidak mudah tumbang walau apa jua dugaan yang mendatang.

“Teruskan melangkah dan berdiri teguh, Datuk. Terbaik! Video pun dah viral sana sini… upload ajelah,” katanya.

Sementara itu, @marianooo91 mengucapkan terima kasih kepada individu yang merakam kejadian berkenaan kerana rakaman itu, menurutnya, membuktikan negara mempunyai ketua yang hebat dalam menjaga sempadan.

“Kepada yang merakam kejadian ni, saya ucapkan terima kasih, kerana dari footage ni, terbukti yang kita punya seorang ketua yang hebat untuk menjaga borders negara kita,” katanya.

Pengguna @mohdfirdausabdraman pula menyatakan sokongan terhadap tindakan Mohd Shuhaily dalam membanteras salah laku.

“Saya sebagai rakyat Malaysia serta rakyat Malaysia yang lain menyokong penuh dengan tindakan Datuk Mohd Shuhaily dalam membanteras salah laku!!

“Diharap lebih ramai lagi penguatkuasa yang BERJIWA PATRIOTIK serta tegas menjalankan tugas serta amanah yang diberi seperti Datuk Mohd Shuhaily di masa akan datang,” katanya.

Menurut @nazz_zzan7 pula, tindakan Mohd Shuhaily turun padang untuk memerhati dan menyiasat sendiri operasi jarang dilihat dalam kalangan ketua jabatan.

“Jarang tengok pengarah apa-apa jabatan turun padang untuk perhatikan dan siasat dengan mata kepala sendiri, tapi KP AKPS DSS boleh turun sendiri.. semoga DSS dan team sentiasa di bawah lindungan ALLAH SWT serta dipermudah segala urusan,” katanya.

Dalam kejadian pada 28 September lalu, Mohd Shuhaily bersama pasukan AKPS menjalankan tinjauan kesiapsiagaan operasi di KLIA sebelum turut melakukan penguatkuasaan terhadap seorang warga asing yang disyaki terbabit kegiatan ‘ulat’.

Ketika proses pemeriksaan dijalankan bersama pasukan Aviation Security (AVSEC), dua individu yang bukan sebahagian daripada pasukan operasi memasuki ruangan bagasi dan merakam kejadian tanpa kebenaran. Rakaman CCTV insiden itu kemudian tular di media sosial.

Beliau turut membuat laporan polis berhubung tohmahan, rakaman dan penyebaran video berkenaan, manakala siasatan lanjut diserahkan kepada pihak berkuasa.

Mohd Shuhaily yang mempunyai pengalaman 26 tahun dalam perkhidmatan polis termasuk sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, dilantik menerajui AKPS mulai 1 Julai 2025.

Pelantikan beliau dibuat ketika kerajaan memperkukuh fungsi AKPS sebagai agensi yang bertanggungjawab terhadap kawalan dan perlindungan sempadan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum ini menekankan kepentingan penguatkuasaan tegas di pintu masuk negara, manakala Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, memberi tumpuan kepada usaha membanteras counter setting serta salah laku dalam kalangan penguat kuasa.

Foto: Awani

Related Posts

Tegas pertahan integriti, KP AKPS lapor polis isu video tular

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), CP Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain membuat laporan polis susulan penularan video yang memaparkan beliau ketika menjalankan operasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DBKK nafi dakwaan palsu lantikan CEO Kinabalu Venture

KOTA KINABALU – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menafikan dakwaan yang tersebar menerusi platform TikTok berhubung pelantikan Sharinaz Sabin sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kinabalu Venture, yang didakwa merupakan anak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kejohanan Kuantan 7s Hockey Challenge 2026 rekod 180 penyertaan

Kejohanan Kuantan 7s Hockey Challenge 2026 rekod 180 penyertaan

Netizen sifatkan Mohd Shuhaily pilihan tepat perkukuh kawalan sempadan negara

Netizen sifatkan Mohd Shuhaily pilihan tepat perkukuh kawalan sempadan negara

Tegas pertahan integriti, KP AKPS lapor polis isu video tular

Tegas pertahan integriti, KP AKPS lapor polis isu video tular

Warga emas maut, motosikal bertembung pacuan empat roda

  • By Fatin
  • October 1, 2026
Warga emas maut, motosikal bertembung pacuan empat roda

DBKK nafi dakwaan palsu lantikan CEO Kinabalu Venture

DBKK nafi dakwaan palsu lantikan CEO Kinabalu Venture

SARA bulanan mula dikredit hari ini

SARA bulanan mula dikredit hari ini