DBKK nafi dakwaan palsu lantikan CEO Kinabalu Venture

KOTA KINABALU – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menafikan dakwaan yang tersebar menerusi platform TikTok berhubung pelantikan Sharinaz Sabin sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kinabalu Venture, yang didakwa merupakan anak syarikat DBKK.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Sabin Samitah berkata, dakwaan yang mengaitkan pelantikan tersebut dengan dirinya serta kedudukan Kinabalu Venture dengan DBKK adalah palsu dan berunsur fitnah.

“Penyebaran dakwaan itu merupakan serangan terhadap reputasi dan integriti beliau, selain boleh mengelirukan masyarakat serta menjejaskan keyakinan awam terhadap pentadbiran DBKK.

“Laporan polis telah dibuat untuk siasatan dan tindakan lanjut oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC),” katanya dalam kenyataan media, pada Khamis.

Beliau berkata, DBKK memandang serius penyebaran maklumat palsu dan berunsur fitnah yang mengaitkan Mayor, ahli keluarganya serta DBKK.

Katanya, DBKK akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik atau pengendali akaun yang bertanggungjawab selepas identiti serta penglibatan mereka disahkan.

Justeru, beliau berharap agar orang ramai sentiasa peka dan menyemak sebarang maklumat berkaitan urusan rasmi DBKK melalui saluran komunikasi rasmi sebelum menerima atau menyebarkannya.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

LABUAN – Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan penyebaran berita palsu dan grafik dimanipulasi menggunakan gambar serta logo organisasi media susulan pembentangan Belanjawan 2027.‎‎Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun