Kejohanan Kuantan 7s Hockey Challenge 2026 rekod 180 penyertaan

SEBANYAK 180 pasukan dari seluruh negara bakal berentap dalam tujuh kategori pada Kejohanan Kuantan 7s Hockey Challenge 2026 yang akan berlangsung di Stadium Hoki Wisma Belia Indera Mahkota, dari 9 hingga 11 Oktober ini.

Kejohanan anjuran Persatuan Hoki Daerah Kuantan itu mempertandingkan kategori lelaki dan perempuan bawah 12, 15, 18 tahun serta kategori veteran, dengan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM113,600.

Setiausaha Persatuan Hoki Daerah Kuantan, Mohd Yazid Mohd Yunus berkata, sambutan diterima amat menggalakkan apabila setiap negeri menghantar sehingga 20 pasukan, manakala tuan rumah mempertaruhkan 50 pasukan yang akan bersaing dalam semua kategori.

Menurutnya, kejohanan yang memasuki edisi kesembilan itu turut menampilkan beberapa bekas pemain kebangsaan yang beraksi dalam kategori veteran, selain kelibat pemain remaja kebangsaan dari Sekolah Sukan Malaysia (SSM).

“Kejohanan kali ini antara yang terbesar pernah kami anjurkan dengan penyertaan lebih 1,800 pemain remaja dan veteran.

“Selain memburu kejuaraan, ia juga menjadi platform pemain bercuti bersama keluarga di Kuantan.

“Acara ini memberi peluang kepada pemain remaja mempamerkan bakat dan menimba pengalaman beraksi di pentas kebangsaan,” katanya pada sidang media kejohanan itu, di Kuantan, hari ini.

Beliau berkata, kejohanan kali ini mendapat tajaan daripada Kerajaan Negeri Pahang, Tenaga Nasional Berhad, Persatuan Hoki Negeri Pahang, Kerajaan Negeri Perlis dan Hockey Zone.

Mengulas mengenai hadiah, Mohd Yazid berkata, setiap pasukan yang meraih kejayaan dalam setiap kategori berpeluang membawa pulang hadiah wang tunai, medal dan piala pusingan.

Bagi kategori Gold, johan akan membawa pulang RM1,000, naib johan RM500 manakala tempat ketiga dan keempat bersama masing-masing menerima RM250.

Penganjur turut menyediakan anugerah Pasukan Terbaik dan dua anugerah Pemain Terbaik sebagai pengiktirafan tambahan.

“Kita berusaha menyediakan pelbagai kemudahan terbaik buat semua pasukan yang bertanding.

“Kejohanan ini juga merupakan antara usaha mempromosikan pelancongan sukan di daerah ini, di mana pemain akan datang bersama keluarga sambil menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan,” katanya.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

SARIKEI – Penduduk di sekitar Sare bakal menikmati tempoh perjalanan yang lebih singkat ke pusat bandar Sarikei menerusi pembinaan laluan alternatif baharu sepanjang 2.7 kilometer yang menghubungkan Jalan Sare dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun