SARA bulanan mula dikredit hari ini

KUALA LUMPUR – Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bulanan mula dikreditkan kepada penerima melalui MyKad masing-masing hari ini.

Kementerian Kewangan (MoF) menerusi hantaran di aplikasi X pada Khamis memaklumkan, sejumlah RM100 bantuan SARA bulanan akan dikreditkan kepada isi rumah yang menerima manfaat Sumbangan Tunai Rahmah (STR), manakala masing-masing RM50 sebulan kepada warga emas dan bujang.

Menurut MoF, bagi penerima STR dan eKasih pula, isi rumah akan menerima RM200 bantuan SARA setiap bulan, selain RM150 untuk warga emas dan RM100 kepada golongan bujang.

MoF memaklumkan, sebanyak 15 kategori barangan telah diluluskan bagi pembelian menggunakan SARA merangkumi lebih 140,000 pilihan barangan asas seperti beras, telur, roti, minyak masak, ubat-ubatan di kaunter, makanan sejuk beku, makanan dalam tin serta keperluan sekolah.

SARA boleh digunakan di lebih 14,700 pasar raya dan kedai runcit terpilih seluruh negara.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

LABUAN – Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan penyebaran berita palsu dan grafik dimanipulasi menggunakan gambar serta logo organisasi media susulan pembentangan Belanjawan 2027.‎‎Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun