SEMPORNA – Seorang warga emas maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kampung Mentelitip Pegagau, Jalan Semporna-Tawau, di sini, pada Khamis.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, Zainal Sinsian berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 7.22 pagi sebelum menggerakkan lapan anggota ke lokasi kejadian.
“Terdapat tiga mangsa terbabit dalam kemalangan ini dengan seorang mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Seorang lagi mangsa wanita berumur 36 tahun mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan awal daripada pasukan Emergency Medical Rescue Services (EMRS),” katanya ketika dihubungi.
Operasi kemudian ditamatkan pukul 8.16 pagi.
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah
TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…
Lebih lanjut






