Jangan cemas jika nampak pesawat terbang rendah

KUALA LUMPUR – Orang ramai diingatkan agar tidak cemas sekiranya melihat pesawat tentera dan pasukan keselamatan terbang rendah sepanjang tempoh latihan sempena sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2024.

Bahagian Perhubungan Awam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berkata, pesawat udara terlibat dalam acara gemilang sambutan di peringkat kebangsaan itu akan memulakan latihan penerbangan taktikal bermula 27 hingga 31 Ogos ini.

“Sepanjang latihan berlangsung, pesawat tentera dan pasukan keselamatan ini akan melaksanakan penerbangan taktikal secara rendah di kawasan tertentu khususnya di sekitar ruang udara Putrajaya dan Selangor.

“TUDM ingin memaklumkan kepada orang ramai agar tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat tentera khususnya pesawat TUDM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta pasukan keselamatan lain terbang rendah sepanjang tempoh latihan dilaksanakan,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, bersempena sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2024 yang akan disambut pada 31 Ogos di Dataran Putrajaya, TUDM telah dipertanggungjawabkan bagi mengetuai acara melibatkan segmen udara.

“TUDM juga bertanggungjawab bagi persembahan udara yang melibatkan pesawat udara khususnya pesawat milik TUDM dan ATM dari pelbagai kategori seperti pesawat pejuang, pengangkut dan helikopter.

“Turut sama terlibat adalah aset udara pasukan keselamatan yang lain,” katanya.

Related Posts

JPA buka permohonan Dermasiswa B40 untuk lepasan SPM 2025

PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) membuka permohonan Program Dermasiswa B40 (DB40) Tahun 2026 kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) yang berhasrat melanjutkan pengajian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sistem KLIA perlu diperkasa secara holistik, pragmatik

PUTRAJAYA – Terdapat keperluan untuk menubuhkan pasukan siasatan bebas dalam menyiasat  penyeludupan dadah membabitkan seorang pembantu juruterbang tempatan bagi menilai semula keseluruhan prosedur sedia ada. Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarak patriotisme, perpaduan rakyat

Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarak patriotisme, perpaduan rakyat

Hab wanita di Pantai Timur Sabah tingkat akses program pembangunan – Rina

Hab wanita di Pantai Timur Sabah tingkat akses program pembangunan – Rina

BN mahu bertanding 21 kerusi PRN Melaka

BN mahu bertanding 21 kerusi PRN Melaka

RCI Tabung Haji: BN tidak akan berkompromi jika berlaku penyelewengan

RCI Tabung Haji: BN tidak akan berkompromi jika berlaku penyelewengan

Selangor teliti tambah penerima HPIPT tahun depan, perhalusi tempoh permohonan

Selangor teliti tambah penerima HPIPT tahun depan, perhalusi tempoh permohonan

Maritim Pahang rampas bot nelayan Vietnam, hasil tangkapan

Maritim Pahang rampas bot nelayan Vietnam, hasil tangkapan