KKM buka 10 makmal pantau Mpox

PUTRAJAYA – Sebanyak 31 kes Mpox atau cacar monyet disyaki di Malaysia setakat hari ini dengan 25 kes disahkan negatif manakala enam masih dalam pemantauan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kes Mpox di Malaysia kekal sembilan kes dengan kes pertama dilaporkan pada 26 Julai dan November tahun lalu.

“Dari Disember 2023 hingga masa ini, tiada kes Mpox,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Turut hadir Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Dzulkefly berkata, langkah segera diambil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) susulan peningkatan kes di negara jiran antaranya Singapura dan Thailand dengan memperkukuh saringan di pintu masuk negara dan pengaktifan 10 makmal yang menjalankan ujian PCR bagi tujuan pengesahan termasuk dua makmal swasta serta Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC).

“Bukan hanya dua negara ini (Singapura and Thailand) tetapi juga pengunjung yang datang dari negara-negara lain terutamanya dari benua Afrika.

“Kami juga menghantar lebih banyak dan kerap pekeliling dalam kalangan kemudahan kesihatan kami, kedua-dua awam dan swasta,” katanya.

Related Posts

55 aduan diterima Tribunal Antibuli

KUALA LUMPUR – Tribunal Antibuli (TAB) menerima 55 aduan dengan lima kes diputuskan melalui award setakat semalam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiada usul undi tidak percaya terhadap PMX diterima – Johari

BANGI – Tiada usul undi tidak percaya dibuat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikemukakan setakat ini, menjelang Sidang Dewan Rakyat yang dijadual bermula 5 Oktober depan. Yang di-Pertua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketua Pemuda Pas Terengganu letak jawatan, tiga pemangku dilantik

Ketua Pemuda Pas Terengganu letak jawatan, tiga pemangku dilantik

55 aduan diterima Tribunal Antibuli

55 aduan diterima Tribunal Antibuli

Seorang wanita OKU maut, dua ahli keluarga ditahan

Seorang wanita OKU maut, dua ahli keluarga ditahan

Remaja 18 tahun diberkas jual tambah nilai judi dalam talian

Remaja 18 tahun diberkas jual tambah nilai judi dalam talian

PSKPP Sarawak kali ke-44 berlangsung di Limbang, Lawas Oktober ini

PSKPP Sarawak kali ke-44 berlangsung di Limbang, Lawas Oktober ini

Dua penjawat awam kemuka tuntutan palsu RM30,000 dituduh pada Khamis

  • By Fatin
  • September 24, 2026
Dua penjawat awam kemuka tuntutan palsu RM30,000 dituduh pada Khamis