Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarak patriotisme, perpaduan rakyat

SUNGAI PETANI – Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia Ke-69 nanti diharap menjadi pemangkin kepada penyatuan rakyat dalam usaha membina sebuah negara yang aman, makmur dan sejahtera.

Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Dr Taufiq Johari berkata demikian ketika menyempurnakan pelancaran Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2026 X JAGO (JAPEN Arena Penggerak Komuniti) di Pasar Raya MYDIN Taman Batik di sini sebagai sebahagian usaha menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan.

“Moga semangat Hari Kebangsaan Malaysia Ke-69 dapat menyatukan kita dalam membina Malaysia yang aman, makmur dan sejahtera,” kongsinya di Facebook pada Khamis.

Menurutnya penganjuran program berkenaan antara inisiatif penting dalam memupuk semangat patriotisme, perpaduan dan cintakan negara dalam kalangan rakyat sempena sambutan Hari Kebangsaan.

“Program ini adalah antara inisiatif yang signifikan dalam menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan serta memupuk semangat patriotisme, perpaduan dan cintakan negara dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata, semangat kebersamaan yang diterapkan menerusi program tersebut diharap dapat terus memperkukuh perpaduan rakyat dalam menghadapi pelbagai cabaran semasa.

Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang antara pengisian tahunan yang digerakkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) bagi menggalakkan penghayatan semangat kemerdekaan serta meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang Bulan Kebangsaan.

Related Posts

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

KOTA KINABALU – Ibu bapa perlu meningkatkan literasi digital bagi memastikan penggunaan teknologi dalam kalangan anak-anak dapat dimanfaatkan untuk pembelajaran, selain mengurangkan risiko seperti ketagihan peranti, buli siber dan penipuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana