RCI Tabung Haji: BN tidak akan berkompromi jika berlaku penyelewengan

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang didapati melakukan penyelewengan atau pecah amanah berdasarkan hasil siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sekiranya laporan itu membuktikan berlaku salah laku, pihak yang terlibat perlu menerima akibat daripada tindakan mereka.

“Jika benar ada individu atau sekumpulan pihak melakukan penyelewengan, pecah amanah atau kerja-kerja yang tidak selaras dengan tatakelola organisasi kerajaan dan badan berkanun, maka konsekuensinya perlu dihadapi oleh mereka,” katanya kepada media, pada Khamis.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Khairy Jamaluddin Abu Bakar menggesa UMNO perlu mengakui kelemahan dalam tadbir urus TH ketika pentadbiran BN seperti mana didedahkan dalam laporan RCI.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO menegaskan, kerajaan tidak akan mempertahankan mana-mana pihak sekiranya terbukti melakukan kesalahan.

“Saya tidak fikir kita harus berkompromi jika unsur-unsur negatif itu benar-benar dilakukan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Zahid juga menggesa semua pihak tidak membuat kesimpulan awal berhubung laporan RCI TH sebelum ia dibentang dan dibahaskan di Dewan Rakyat.

“Pembentangan akan dilakukan pada 11 September di Dewan Rakyat dan perbahasan akan diadakan.

“Jika laporan itu hanya mengandungi syor atau rekomendasi tertentu, maka perkara itu akan dibincangkan secara menyeluruh di Parlimen,” katanya.

Katanya lagi, kerajaan akan mengambil pendirian berdasarkan kandungan sebenar laporan tersebut dan bukannya andaian atau spekulasi.

“Proses perbahasan di Dewan Rakyat akan menjadi medan terbaik untuk menentukan tindakan susulan terhadap hasil siasatan RCI itu,” katanya.

Related Posts

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia yang berada di Yaman, khususnya di sekitar Mocha dan Taiz, dinasihatkan supaya kekal di lokasi selamat susulan perkembangan terkini di negara berkenaan. Kedutaan Besar Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM