Selangor teliti tambah penerima HPIPT tahun depan, perhalusi tempoh permohonan

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan meneliti cadangan untuk menambah jumlah penerima Program Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) pada tahun hadapan, tertakluk kepada kedudukan kewangan dan hasil negeri.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, selain menambah jumlah penerima, kerajaan negeri turut bercadang memperhalusi tempoh permohonan HPIPT supaya dapat dipanjangkan bagi memberi lebih ruang kepada pemohon serta memudahkan urusan pengesahan dan pengurusan data.

“Walaupun bantuan ini bukan bertujuan menampung sepenuhnya kos pengajian, ia diharapkan dapat meringankan beban pelajar dan keluarga dalam melangkah ke alam pendidikan tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Melawati pada Mesyuarat Kedua Persidangan Penggal Ke-IV Dewan Negeri Selangor, hari ini.

Untuk rekod, Kerajaan Negeri menyediakan bantuan sebanyak RM1,000 secara sekali bayar (one-off) kepada Anak Selangor daripada golongan B40 yang melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma dan Sijil Kemahiran Tahap 4 di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) di seluruh negara.

Dalam persidangan sama, Amirudin turut menjawab soalan ADN Hulu Kelang berhubung definisi Kehidupan Bermaruah yang menjadi teras kepada dasar-dasar Kerajaan Negeri Selangor.

Beliau menjelaskan bahawa kehidupan bermaruah bermaksud setiap individu dan keluarga mempunyai peluang menikmati pendapatan yang mencukupi, kediaman yang selamat, akses kepada pendidikan serta perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, perlindungan sosial yang menyeluruh dan peluang meningkatkan taraf hidup melalui penyertaan dalam pembangunan ekonomi.

“Komitmen kerajaan negeri adalah memastikan setiap dasar yang dilaksanakan bukan sekadar memberi bantuan, tetapi membina sebuah masyarakat yang lebih sejahtera, inklusif dan bermaruah,” katanya.

Related Posts

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

TEMERLOH – Tindakan seorang penghantar barang menyembunyikan sepucuk pistol palsu di bawah kerusi bahagian pemandu terbongkar selepas ditahan dalam serbuan berkaitan dadah di Paya Keladan di sini, malam Sabtu lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan