Hab wanita di Pantai Timur Sabah tingkat akses program pembangunan – Rina

TAWAU – Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah bercadang mewujudkan sebuah Pusat Aktiviti Wanita di Pantai Timur Sabah bagi memperluaskan lagi capaian program pembangunan wanita di kawasan berkenaan.

Pembantu Menteri, Datuk Rina Jainal berkata, penubuhan pusat itu bagi memastikan lebih ramai wanita terutama di luar bandar mendapat peluang mengikuti latihan, meningkatkan kemahiran serta memperkukuh ekonomi keluarga.

“Saya berpandangan sudah tiba masanya kita mewujudkan sebuah lagi pusat di Pantai Timur Sabah supaya bantuan dan program pemerkasaan wanita dapat diperluaskan.

“Ketika ini kita mempunyai pusat aktiviti wanita di Beaufort dan Kota Kinabalu,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Mesin Jahit dan Tamat Latihan Sesi 1/2026 di premis Skill Lab Training, pada Khamis.

Menurut Rina, Kerajaan Sabah juga terus komited memperkasa golongan Wanita khususnya di kawasan luar bandar melalui penyediaan latihan kemahiran, bantuan peralatan serta sokongan pembangunan keusahawanan.

Katanya, usaha berkenaan dilaksanakan melalui Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) yang berperanan mengenal pasti golongan wanita yang memerlukan sokongan serta menyediakan peluang latihan bersesuaian.

“Selain latihan, kerajaan melalui JHEWA turut menyediakan pelbagai bentuk bantuan sokongan termasuk bantuan peralatan bagi membantu peserta memulakan atau mengembangkan aktiviti ekonomi mereka,” jelasnya.

Dalam pada itu, Rina yang juga ADUN Kukusan turut menggalakkan golongan wanita yang terlibat dalam bidang keusahawanan supaya bergerak secara berkumpulan melalui persatuan atau pertubuhan berdaftar.

Pada majlis itu, Rina menyumbangkan sebuah mesin jahit serta menyampaikan sijil penyertaan kepada sembilan peserta selepas berjaya menamatkan latihan kemahiran menjahit selama enam bulan.

“Program latihan seperti ini merupakan salah satu pendekatan kerajaan untuk membantu wanita membina kemahiran seterusnya menceburi bidang keusahawanan atau menjadi tenaga kerja mahir yang mampu bersaing,” katanya.

Related Posts

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

KUCHING – Usaha memacu literasi digital dan pemahaman tentang teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam kalangan komuniti terus diperhebat menerusi penganjuran program AI Talks Edisi Ke-2 yang berlangsung di Atrium Utama…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

KOTA KINABALU – Kerajaan MADANI terus memperkukuh pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional menerusi rundingan dan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sabah serta Kerajaan Sarawak. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 16, 2026
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera