Akta Keselamatan Siber 2024 mula dikuat kuasa

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menetapkan Akta Keselamatan Siber 2024 (Akta 854) berkuat kuasa semalam, setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 18 Jun lepas dan disiarkan dalam Warta pada 26 Jun.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan, Perdana Menteri selaku Menteri yang bertanggungjawab bagi keselamatan siber turut menetapkan semalam sebagai tarikh kuat kuasa peraturan yang dibuat mengikut Akta 854.

“Peraturan-peraturan tersebut adalah Peraturan-Peraturan Keselamatan Siber (Tempoh bagi Penilaian Risiko Keselamatan Siber dan Audit) 2024; dan Peraturan-Peraturan Keselamatan Siber (Pemberitahuan Insiden Keselamatan Siber) 2024.

“Turut berkuat kuasa Peraturan-Peraturan Keselamatan Siber (Pelesenan Pemberi Perkhidmatan Keselamatan Siber) 2024 dan Peraturan-Peraturan Keselamatan Siber (Pengkompaunan Kesalahan) 2024.

“Peraturan-Peraturan di atas telah disiarkan dalam Warta pada 22 Ogos 2024,” menurut kenyataan itu.

Akta 854 digubal bagi meningkatkan keselamatan siber negara dengan mengadakan peruntukan bagi penubuhan Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN); kewajipan dan kuasa Ketua Eksekutif Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA); fungsi dan kewajipan ketua sektor Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (NCII), serta entiti NCII itu sendiri.

Selain itu ia turut digubal untuk pengurusan ancaman keselamatan siber dan insiden keselamatan siber terhadap NCII; mengawal selia pemberi perkhidmatan keselamatan siber melalui pelesenan dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan.

Menurut kenyataan itu, di bawah Peraturan-Peraturan Keselamatan Siber (Tempoh bagi Penilaian Risiko Keselamatan Siber dan Audit) 2024, suatu entiti NCII yang memiliki atau mengendalikan suatu NCII, hendaklah membuat penilaian risiko keselamatan siber sekurang-kurangnya sekali setahun.

Entiti berkenaan juga perlu menjalankan audit sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh dua tahun atau pada kekerapan lebih tinggi sebagaimana yang boleh diarahkan oleh Ketua Eksekutif dalam mana-mana hal tertentu.

Peraturan-Peraturan Keselamatan Siber (Pemberitahuan Insiden Keselamatan Siber) 2024 pula menetapkan supaya orang yang diberi kuasa bagi entiti NCII hendaklah memberitahu dengan segera melalui cara elektronik mengenai suatu insiden keselamatan siber yang telah berlaku, atau mungkin telah berlaku.

Kemudian orang yang diberi kuasa hendaklah mengemukakan butiran awal dalam masa enam jam daripada insiden keselamatan siber itu diketahui oleh entiti NCII melalui ‘Sistem Pusat Penyelarasan dan Kawalan Siber Negara'(NC4 System).

Selanjutnya orang yang diberi kuasa bagi entiti NCII itu perlu mengemukakan maklumat tambahan dalam tempoh 14 hari melalui ‘NC4 System’.

Butiran awal dan maklumat tambahan yang perlu dikemukakan adalah seperti yang terkandung dalam Peraturan-Peraturan Keselamatan Siber (Pemberitahuan Insiden Keselamatan Siber).

Sementara itu, Peraturan-Peraturan Keselamatan Siber (Pelesenan Pemberi Perkhidmatan Keselamatan Siber) 2024 adalah terpakai bagi individu dan syarikat yang memberi perkhidmatan keselamatan siber yang berhubungan dengan perkhidmatan pemantauan pusat operasi keselamatan terurus dan perkhidmatan pengujian penembusan (Penetration Testing Service).

Peraturan-Peraturan Keselamatan Siber (Pengkompaunan Kesalahan) 2024 pula memperuntukkan berhubung kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun melibatkan subseksyen 20(6), 20(7), 22(7), 22(8), 24(4) dan 32(3).

Related Posts

JPA buka permohonan Dermasiswa B40 untuk lepasan SPM 2025

PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) membuka permohonan Program Dermasiswa B40 (DB40) Tahun 2026 kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) yang berhasrat melanjutkan pengajian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sistem KLIA perlu diperkasa secara holistik, pragmatik

PUTRAJAYA – Terdapat keperluan untuk menubuhkan pasukan siasatan bebas dalam menyiasat  penyeludupan dadah membabitkan seorang pembantu juruterbang tempatan bagi menilai semula keseluruhan prosedur sedia ada. Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Syariat atau tidak bukan alasan sindir orang lain – Faiz

Syariat atau tidak bukan alasan sindir orang lain – Faiz

Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarak patriotisme, perpaduan rakyat

Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarak patriotisme, perpaduan rakyat

Hab wanita di Pantai Timur Sabah tingkat akses program pembangunan – Rina

Hab wanita di Pantai Timur Sabah tingkat akses program pembangunan – Rina

BN mahu bertanding 21 kerusi PRN Melaka

BN mahu bertanding 21 kerusi PRN Melaka

RCI Tabung Haji: BN tidak akan berkompromi jika berlaku penyelewengan

RCI Tabung Haji: BN tidak akan berkompromi jika berlaku penyelewengan

Selangor teliti tambah penerima HPIPT tahun depan, perhalusi tempoh permohonan

Selangor teliti tambah penerima HPIPT tahun depan, perhalusi tempoh permohonan